Rabu, 5 Disember 2012

Tatabahasa 4

MORFOLOGI : Penggolongan Kata

Aspek Penggolongan Kata:  Kata Nama

Kata Nama Am (Konkrit)
baju, seluar, kucing, masjid

Kata Nama Am (Abstrak)
mimpi, perasaan, kemahuan,

Kata Nama Khas
(Hidup - Manusia)
Tun Dr. Mahathir, Allahyarham Tun Abdul Razak,
Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muszaphar

Kata Nama Khas
(Hidup - Bukan Manusia)
Sang Kancil, Si Belang, Comel, Tompok, Vanda
Diana (orkid)

Kata Nama Khas
(Tak Hidup)
Proton Perdana V6, Proton Waja,
Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Dewan Al-Marbawi, Anjung Hikmah,
Anjung Mimos,Wilayah Iskandar,

Kata Ganti Nama
(Diri Pertama)

aku, beta, daku, kami, patik, hamba, saya

Kata Ganti Nama
(Diri Kedua)

anda, awak, dikau, engkau, kamu, kalian,
tuanku, tuan hamba
Kata Ganti Nama
(Diri Ketiga)

baginda, beliau, dia, ia, mereka

Kata Ganti Nama (Tunjuk)
ini, itu

Kata Ganti Nama (Tanya)
apa, siapa, mana, berapa

Kata Ganti Nama (Tempat)
sana, sini, situ


Aspek Penggolongan Kata: Kata Kerja

Kata Kerja Transitif: Aktif
memberi, memberikan, membeli,
menggunakan, mendiami,
mengabaikan, mempererat, menyiram

*Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri
 daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
Katakerja transitif aktif menerima awalan meN- dengan atau
tanpa akhiran –kan atau –i.
Contoh: 1. Pelajar sedang membersihkan kawasan sekolah.
               2. Saya telah membalas e-mel itu.
               3. Ayah memasukkan wang ke dalam akaun saya.

Kata Kerja
Transitif: Pasif
dibeli, digunakan, didiami, diabaikan,
dipererat, disiram

*Kata kerja transitif pasif terhasil daripada proses transformasi ayat aktif.
Contoh:   1. Kawasan sekolah sedang dibersihkan oleh pelajar.
                2. E-mel itu telah saya balas. (ayat pasif KGD 1)
                3. Wang dimasukkan oleh ayah ke dalam akaun saya.

Kata Kerja Tak Transitif
(Tak Berpelengkap)

bangun, datang, tersenyum, berkibaran,
menguning, membesar, terduduk
Kata Kerja Tak
Transitif (Berpelengkap)

tinggal, beransur, berbantalkan

Aspek Penggolongan Kata: Kata Adjektif

Kata Adjektif Sifat/Keadaan
berani, cerdik, cerdas, baharu

Kata Adjektif Warna
hitam, putih, merah, biru, hijau muda

Kata Adjektif Ukuran
cetek, dalam, kecil, nipis, tebal

Kata Adjektif Bentuk
bujur, bundar, bulat, leper, lonjong

Kata Adjektif Pancaindera
ayu, manis, syahdu, mersik, tenteram

Kata Adjektif Waktu
baru, lama, spontan, segera, detik

Kata Adjektif Cara
cepat, deras, laju, perlahan, lambat

Kata Adjektif Perasaan
benci, cinta, ghairah, ingin, segan


Aspek Penggolongan Kata: Kata Tugas

Kata hubung
dan, atau, tetapi, lalu, bahawa

Kata seru
wah, amboi, aduh, cis, eh, oh

Kata tanya
apa, bagaimana, siapa, bila, berapa

Kata perintah
sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap

Kata pangkal ayat
Maka, Alkisah, Hatta, Syahadan

Kata bantu
akan, pernah, sedang, mahu, masih

Kata penguat
amat, sangat, nian, terlalu, benar

Kata penegas
juga, lah, kah, tah, pun

Kata nafi
tidak, bukan

Kata pemeri
ialah, adalah

Kata sendi nama
di, dari, dalam, ke, pada, antara

Kata pembenar
ya, benar, betul

Kata bilangan
beberapa, banyak, ramai, dua,

Kata arah
atas, bawah, situ, dalam, sisi, samping

Kata pembenda
-nya

Kata penekan
-nya

Kata adverba

Menerangkan kata kerja: selalu memperkatakan,
datang secara diam-diam

Menerangkan kata adjektif: sentiasa sihat, malu
tersipu-sipu, sudah besar panjang

Menerangkan frasa sendi nama: serta-merta
ke rumahnya, kadang-kadang di hospital,
ke tepi tasik menyendiri


Menurut Nik Safiah Karim et. al. (2008) kesemua kata tugas dapat dibahagikan kepada empat kelompok besar berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu:
  • Kata penyambung ayat (kata hubung)
  • Kata praklausa (kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat)
  • Kata prafrasa dan pascafrasa (kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, dan kata bilangan)
  • Kata pascakata (kata penekan dan kata pembenda)
Kata Adverba

Unsur kata adverba merupakan subgolongan kata tugas yang terkini dan dipersetujui oleh para penyusun Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) untuk menambah subgolongan kata bahasa Melayu. Kata adverba dikelompokkan sebagai kata prafrasa dan pascafrasa. Menurut Nik Safiah Karim et. al. (2008) kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Untuk memahami konsep kata adverba, mari kita teliti ayat-ayat yang berikut:

1.     Kami selalu memperkatakan hal itu.
2.     Mereka datang ke sini diam-diam.
3.     Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

Ketiga-tiga perkataan yang ditebalkan dikenali sebagai kata adverba, iaitu kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Hal yang sama dapat diteliti pada perkataan sentiasa, tersipu-sipu, serta-merta, dan kadang-kadang dalam ayat-ayat 4 - 7.

4.     Badannya sihat sentiasa.
5.     Gadis sunti itu malu tersipu-sipu.
6.     Dia serta-merta ke hospital apabila mendengar berita kematian itu.
7.     Lelaki itu kadang-kadang di rumah untuk menjaga ibunya yang uzur.

Dalam ayat 4, sentiasa menerangkan kata adjektif sihat, manakala dalam ayat 5, tersipu-sipu menerangkan kata adjektif malu. Perkataan serta-merta dan kadang-kadang dalam ayat 6 dan 7 menerangkan  frasa sendi nama ke hospital dan di rumah.

Penggolongan Kata Adverba: Kata Adverba Jati

Nik Safiah Karim et. al. (2008) mentakrifkan kata adverba jati ini sebagai perkataan yang yang berfungsi sebagai penerang kepada kata dan frasa kerja, kata dan frasa adjektif, atau frasa sendi nama. Contohnya:

semalam
dahulu
julung kali
sempat

kelmarin
tadi
sentiasa/senantiasa
langsung

esok
kemudian
kadang-kadang
nyaris

lusa
barangkali
saling
begitu

tulat
sering kali
sekali gus
begini

kelak
acap kali
serentak
demikian

sekarang
kerap kali
jarang kali
pertama kali

agaknya
nanti




Kata Adverba yang Asalnya Kata Adjektif

Kata adverba ini asalnya ialah kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama, misalnya:

          berjalan laju

        sakit kuat
          ketawa besar

        sering di pejabat
          bertiup kencang

        panjang lebar
          terbang tinggi

        tinggi lampai
          hampir terjatuh

        ke hospital segera
          kurang berhati-hati
        dari rumah selalu

          besar panjang

       

Kata Adverba yang Asalnya Kata Kerja

Kata adverba ini pula asalnya ialah kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama, misalnya:

         berjalan mengiring
        hitam berkilat

         terbang meninggi
        merah menyala

         berenang melentang

        tenang membiru
         putih berseri

        di rumah bersendirian
         tinggi mengawan

        ke hutan menyendiri

Kata Adverba Bentuk Gandaan

Kata adverba ini terbentuk daripada proses penggandaan (penuh, separa, dan berentak) yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama, sebagaimana contoh yang berikut:

Penggandaan penuh

betul-betul, sedikit-sedikit, jarang-jarang,
Penggandaan separa

terkinja-kinja, berdikit-dikit, bermalam-malam,
Penggandaan berentak

menangis sedu-sedan, berbunyi hingar-bingar

12 ulasan:

  1. satu blog yang memuatkan banyak maklumat, tentu memanfaatkan kepada sesiapa yang melayari blog cijgu

    BalasPadam
  2. Banyak maklumat didapati daripada blog cikgu.
    Tahniah dan teruskan usaha bagi memanfaatkan sesiapa yang perlukan maklumat tersebut.

    BalasPadam
  3. Keterangan yang jelas.

    BalasPadam
  4. Nice blog. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  5. Nice blog. Thanks for sharing.

    BalasPadam