Rabu, 5 Disember 2012

Tatabahasa 3

                 Murid-murid yang disayangi, kalian amat digalakkan untuk membaca nota tatabahasa ini yang mengenai Pembentukan kata. Semoga kalian dapat membaca nota ini pada masa lapang.Selamat belajar. 

MORFOLOGI: Pembentukan Kata

Takrif Kata à Perkataan ialah unit tatabahasa yang terkecil dan bebas. Bentuk perkataan yang mempunyai imbuhan disebut perkataan terbitan, manakala perkataan yang tidak menerima imbuhan disebut perkataan dasar (Nik Safiah Karim et. al., 2008).

Kata Dasar dan Kata Akar

Abdullah Hassan (2007) menjelaskan bahawa hampir semua perkataan dapat menerima imbuhan untuk menjadi kata terbitan. Kata yang diimbuhkan disebut kata akar. Gabungan antara kata akar dengan imbuhan disebut kata terbitan. Kata akar ialah perkataan asal, iaitu yang tidak mempunyai imbuhan, manakala kata terbitan ialah perkataan yang diterbitkan oleh kata akar, iaitu kata yang mempunyai imbuhan. Abdullah Hassan menegaskan bahawa kata akar boleh menjadi kata dasar, seperti:

Kata Akar
Kata Dasar
pakai
pakaian
angkat
angkatan
oleh
perolehan
dapat
dapatan

Kata terbitan juga boleh berfungsi sebagai kata dasar. Contohnya, pakaian menjadi berpakaian, berangkat (keberangkatan), dan peroleh (perolehan) (Abdullah Hassan, 2002). Perkataan terbentuk daripada dua unsur bahasa, iaitu morfem dan kata. Morfem ialah unit bahasa yang terkecil yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa. Contohnya, ber-, me-, dan men- ialah morfem, bukan perkataan kerana unsur bahasa ini mempunyai fungsi tatabahasa tetapi tidak mempunyai makna.

Tentang perbezaan antara konsep kata akar dengan kata dasar, Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985) menjelaskan bahawa kata akar ialah kata yang menjadi akar atau inti sesuatu perkataan, yang terdiri daripada dua morfem atau lebih. Contohnya, bangunan (bangun), pendirian (diri), dan bersenam (senam). Kata dasar pula ialah kata yang boleh dikenakan penambahan atau imbuhan.

Kata dasar juga boleh terdiri daripada kata akar, kata akar dengan imbuhan, kata akar berulang, dan kata majmuk. Contohnya:
a) Kata akar: tunjuk (pertunjukan), raja (kerajaan)
b) Kata akar dengan imbuhan: perkembang (perkembangan), kebumi (pengkebumian)
c) Kata akar berulang: main-main (mempermain-mainkan), ingat-ingat  (teringat-ingat)
d) Kata akar majmuk: surat khabar (persuratkhabaran), gambar rajah (menggambarajahkan)

Huraian di atas adalah selari dengan penjelasan Abdullah Hassan (2002), yang menyatakan bahawa ada tiga cara kata akar dapat dijadikan kata terbitan, iaitu a) kata akar diimbuhkan: ajar (pengajar, diajar, mengajar, ajaran, pengajaran); b) kata akar digabungkan dengan kata akar lain: tanggung + jawab (tanggungjawab),  setia + usaha (setiausaha), kaki + tangan (kakitangan), dan dari + pada (daripada); dan c) kata akar itu digandakan: rumah (rumah-rumah) dan gunung (gunung-gunung). Rumusannya, kata terbentuk menerusi empat cara, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.

Aspek Pembentukan Kata

Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk-bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Yang berikut ialah contoh-contoh perkataan mengikut kategori.

Kata Tunggal :

Kata
Tunggal
Satu
Suku
Kata

1. KV
2. VK
3. KVK
4. KKVK
5. KVKK
6. KKKV
7. KKKVK
mi, ru
am, oh
caj, sang
stor, pruf, dril, gred
teks, bank, volt, seks, golf
skru
skrip, spring; ku (aku), tu (itu)

Kata
Tunggal
Dua
Suku
Kata

1. V+KV
2. V+VK
3. V+KVK
4. VK+KV
5. VK+KVK
6. KV+V
7. KV+VK
8. KV+KV
9. KV+KVK
10. KVK+KV
11. VK+KVK
aku, uda, apa
aib, air, ais
adik, emas, ubat
undi, impi, angka
ambil, umpan, angkat
dua, doa, tua, sua, dia, gua
jauh, tuah, buah, luah
jala, pasu, buku
kapal, telur, sikat
lampu, binti, tunggu 
bangsal, bintang, sandar

Kata
Tunggal
Tiga
Suku
 Kata

1. KV+V+KV
2. KV+V+KVK
3. V+KV+V
4. KV+KV+V
5. KVK+KV+V
6. KV+KV+VK
7. KVK+KV+VK
8. V+KV+KV
9. V+KV+KVK
10. VK+KV+KV
11. KV+KV+KV
12. KVK+KV+KV
13. VK+KV+VK
14. V+KV+VK
15. KV+KV+KVK
16. KVK+KV+KVK
17. KV+KVK+KV
18. KVK+KVK+KV
19. KV+KVK+KVK
cuaca, suara, tuala, siapa
biawak, siasat
usia, urea, idea
semua, mulia, benua
tempua, mentua
keruan, seluar
berlian
utara, utama, irama
ijazah, amanah, amaran
indera, asrama, antara
keliru, budaya, teruna
menteri, bendera, kemboja
ilmiah, ikhtiar
akaun, elaun, ideal
belukar
matlamat, cendawan
belanja, setanggi, kerengga
sempurna
selumbar, kelongsong, belimbing
* gugus konsonan kh dan ng
dianggap sebagai satu  bunyi.

Kata
Tunggal
Empat
Suku
Kata
dan Lebih

1. KV+KV+VK+KV
2. KV+KVK+KV+ KV
3. KVK+KV+KV+KV
4. KVK+KV+V+KV
5. KV+KV+KV+KV
6. KV+KKV+KV+KVK
7. KVK+KV+KV+KVK 8.KVKK+KVK+KV+KV
9.KV+KV+V+KVK
10.V+KV+KVK+KV+KV 11.KVK+KV+KV+KV+KVK 12.KV+KV+KV+KV+KV+KV
keluarga, biduanda, keluangsa
sederhana, peristiwa, sayembara
laksamana, sandiwara, sangkakala
sentiasa
bidadari, serigala, samudera
musyawarah, perajurit, hulubalang
sentimeter
singgahsana
nasional, mesyuarat
universiti
cenderawasih, kosmopolitan
maharajalela

Kata
Tunggal –
Akronim






Gabungan Beberapa
Huruf Awal

ABIM  : Angkatan Belia Islam
             Malaysia
IKIM  : Institut Kefahaman Islam
            Malaysia
ADUN : Ahli Dewan Undangan
             Negeri

Gabungan Suku Kata
dengan Huruf Awal/
Suku Kata dengan
Suku Kata

Mara    : Majlis Amanah Rakyat
Perkim: Pertubuhan Kebajikan
              Islam Malaysia
Bernama: Berita Nasional Malaysia
Perkeso:Pertubuhan Keselamatan
                Sosial


Gabungan Suku
Kata dengan
Suku Kata
tabika: taman bimbingan kanak-
             kanak
pawagam: panggung wayang
                  gambar
cerpen: cerita pendek
glokal: global dan lokal


Aspek Pembentukan Kata:  Kata Terbitan (Pengimbuhan)

Kata Terbitan
Berawalan

Awalan Kata Nama
pe-     (pelari, perakus, penyapu)
pem-  (pembawa, pembuat, pemveto)
pen-   (pendatang, pencari, penjual)
peng- (penggali, pengkhianat, pengukur)
penge- (pengebom, pengetin, pengelap)
pel-    (pelajar)
per-    (perasap, perbara, pertapa)
pe-     (pesara, pekedai, petani)
ke-     (ketua, kelipat, kekasih)
juru-   (juruukur, juruwang, juruterbang)
maha- (mahasiswa, mahaguru, maharaja)
tata-   (tatabuku, tatabahasa, tatacara)
pra-    (prasejarah, prakata, prasangka)
sub-   (subteks, subsistem, substandard)
supra- (suprakelas, supranasional, suprasegmental)
eka-    (ekabahasa, ekawarna, ekapaksi)
dwi-    (dwibahasa, dwifungsi, dwiambang)

KataTerbitan
Berawalan

Awalan Kata Kerja
me-       (melawan, menyikat,  merasa)
mem-    (membawa, memveto, memfitnah)
men-     (mendaki, mencadang, mentadbir)
meng-   (menggali, mengikut, mengajar)
menge-  (mengecat, mengekod, mengetut)
memper- (memperisteri, memperhamba, memperluas)
ber-       (berjalan, berganti, berserta)
be-        (beraja, berasa, berupa)
bel-       (belajar)
ter-        (terjebak, terbentuk, terjelus)
di-         (diatur, ditimbang, disusun)
diper-    (diperisteri, dipercepat, diperoleh)

Kata Terbitan
Berakhiran


Akhiran Kata Nama
-an        (pakaian, jahitan, mainan)
-wan     (sasterawan, angkasawan, usahawan)
-man     (budiman, seniman)
-wati      (seniwati, olahragawati)
-isme     (nasionalisme, sosialisme, komunisme)
-in          (hadirin, muslimin)
-at          (muslimat)
-ah         (ustazah, sultanah)

Kata Terbitan
Berakhiran

Akhiran Kata Kerja:
-kan       (buatkan, gunakan, besarkan)
-i            (turuti, duduki, berkati)
Kata Terbitan
Berapitan


Apitan Kata Nama:
pe-…-an     (pelaksanaan, perasaan)
pem-...-an    (pembuatan, pembinaan)
pen-...-an     (pentakrifan, pendapatan)
peng-...-an   (penggunaan, pengkhayalan)
penge-...-an (pengehadan, pengesahan)
per-...-an      (persalinan, perkuburan)
pel-…-an      (pelajaran)
ke-…-an       (kelainan, kelebihan)

Kata Terbitan
Berapitan

Apitan Kata Kerja:
me-…-kan      (memainkan, menakutkan)
men-…-kan    (mendermakan, menzahirkan)
mem-...-kan  (membaharukan, memvariasikan)
meng-...-kan(menggunakan, mengkhayalkan )
menge-…-kan (mengepinkan, mengetinkan)
ber-...-kan      (beralaskan, berlaukkan)
ber-...-an        (berlanjutan, bermaafan)
di-…-kan        (dibiarkan, digunakan)
me-...-i           (melalui, memasuki)
men-...-i         (mencurigai, menciumi)
mem-…-i        (membaharui, mempercayai)
meng-…-i       (menganggotai, menggauli)
di-...-i              (didekati, dimulai, diadili)
diper-…-kan   (diperdengarkan, diperlihatkan)
memper-...-kan (memperdengarkan)
memper-...-i   (mempercayai, memperkawani)
ke-...-an         (kehujanan, kehausan)

Kata  Terbitan
Berapitan
Apitan Kata Adjektif:
ke-…-an (keinggerisan, keakraban, kecinaan)

Kata
Terbitan
Bersisipan

Sisipan Kata Nama:
-el-    (kelengkeng, telunjuk, kelabut)
-er-   (keruping, seruling, serabut)
Sisipan Kata Adjektif:
-el-    (kelebak, selerak, gelembung)
-er-   (gerodak, kerelip)
-em-  (gemilang, semerbak, gemerlap)
-in-    (sinambung)
-el-    (jelajah, gelegak)


Aspek Pembentukan Kata: Kata Majmuk (Rangkaian Kata)

Kata Majmuk Bebas
gambar rajah, alat tulis, biru laut, nasi minyak,
terima kasih, bandar raya, tengah hari,
asam pedas, kapal terbang, kuning langsat;
Perdana Menteri, Duta Besar, Ketua Menteri,
Naib Canselor, Angkasawan Negara,
Profesor Madya, Ketua Setiausaha Negara

Kata Majmuk
Istilah Khusus
muat turun, garis pusat, lut sinar, cakera padat,
telefon dail terus, lesung sendi, kanta tangan,
segi tiga, cari gali, reka bentuk, hak milik, pita suara,
darah panas, kertas kerja, batu kapur, atur cara,
urus setia, siar raya, inap desa, daftar masuk

KataMajmuk Kiasan/
Simpulan Bahasa
anak emas, berat mulut, buah tangan, buah hati,
duit kopi, makan angin, pilih kasih, bulan madu,
manis mulut, tumbuk rusuk, kaki ayam, kaki bola

Kata Majmuk yang
Mantap
antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan, matahari,
kerjasama, pesuruhjaya, bumiputera, beritahu, 

Kata Majmuk Jamak





Gandaan Kata Pertama
alat-alat tulis, guru-guru besar, kapal-kapal terbang,
suku-suku kata, jirim-jirim organik, gambar-gambar rajah,
garis-garis pusat, model-model linear, Menteri-Menteri
Besar, Ketua-Ketua Eksekutif, Naib-Naib Canselor,
Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Pengarah

Penanda Jamak
semua Ketua Setiausaha, sekumpulan guru penolong
kanan, Persatuan Bekas Perajurit, Gabungan Pelajar
Melayu Semenanjung, Persidangan Pengetua,
Mesyuarat Staf Akademik, kalangan guru, para
pemakalah (pembentang kertas kerja), Pertubuhan
Bangsa Bersatu, sebahagian gambar rajah, barisan
pemimpin negara, Muktamar Agung, senarai nama

Kata Majmuk
Terbitan

Awalan: dicampur aduk, mengambil alih, dikenal pasti,
berlitar selari
Akhiran: daya serapan, ditemu bual, kemas kinikan,
mengatur cara, kenal pastikan, susun aturkan, beransur
maju, campur adukkan
Apitan: mencampuradukkan,pengambilalihan,
pengenalpastian, pengaturcaraan, pengemaskinian


Aspek Pembentukan Kata: Kata Ganda

Kata Ganda
Penuh Tunggal
kalau-kalau, jangan-jangan,
pulau-pulau, budak-budak,
tadika-tadika, buku-buku

Kata Ganda
Penuh Berimbuhan

Awalan: pemimpin-pemimpin,
Akhiran: amalan-amalan, dapatan-dapatan,
Apitan:persatuan-persatuan,permainan-permainan

Kata Ganda
Separa
Tunggal

lelaki, pepohon, gegelang, tetikus, sesiku, lelayang

Kata Ganda
Separa Berimbuhan





Kata Kerja: berlari-lari, berkata-kata
Kata Adjektif: sepandai-pandai, sebaik-baik
Akhiran Kata Nama: sayur-sayuran
Akhiran Kata Kerja: risik-risikan, doa-doakan,
Akhiran Kata Adjektif: jadi-jadian, rindu-rinduan,
Apitan Kata Kerja: bersalam-salaman
Apitan Kata Adjektif: kebodoh-bodoha

Kata Ganda
Berentak
Pengulangan vokal
Kata Nama: lauk-pauk, kuih-muih
Kata Kerja: cerai-berai, gotong-royong
Kata Adjektif: hiruk-pikuk
Pengulangan Konsonan
Kata Nama: batu-batan, gunung-ganang
Kata Kerja: dolak-dalik, huyung-hayang
Kata Adjektif: gelap-gelita, kontang-kanting
Bebas
Kata Nama: anak-pinak, saudara-mara
Kata Kerja: ulang-alik, bolak-balik,
Kata Adjektif: lintang-pukang, lemah-longlai

Kata Ganda
Semu
*semu menurut Kamus Dewan ialah keadaan
bukan yang sebenarnya, tidak sesungguhnya,
situasi yang pura-pura.
Contoh: kanak-kanak, kupu-kupu, biri-biri


5 ulasan:

  1. Nota yang berguna dan bermanfaat.Syabas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan.

      Padam
  2. Rajin betul Cikgu Liew menyediakan nota yang baik ini.Tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan.

      Padam
  3. Salam admin...nak tanya soalan, contoh ayat...

    Saya BERKELAH di pantai Morib.

    Soalan saya, apakah perkataan BERKELAH kata dasarnya adalah KELAH? Ada orang kata bukan, hujah dia perkataan berkelah tidak boleh berdiri dengan sendiri. Contoh, Ahmad KELAH di pantai. So ayat begitu salah. Mohon pencerahan.

    BalasPadam