Isnin, 3 Disember 2012

Pengajaran dan Pembelajaran 9


JENIS-JENIS AYAT

Nota :
Dalam kehidupan, kita mengalami pelbagai situasi dan kita juga mempunyai pelbagai kemahuan. Oleh yang demikian, timbullah kelainan ayat untuk merakamkan situasi atau menyatakan kemahuan tersebut. Jika kita sekadar mahu menyatakan sesuatu, ucapkanlah ayat penyata.

Jika kita berhasrat meminta atau melarang sesuatu, ujarkanlah ayat perintah. Jika kita ingin bertanya, ayat yang kita kemukakan ialah ayat tanya. Ayat yang memperlihatkan unsur perasaan ialah ayat seruan. Campuran kesemua ragam ayat ini dikenali sebagai ayat campuran.

Dalam konteks pengajaran, guru perlu mengenal pasti perbezaan ragam ayat tersebut. Banyakkan aktiviti latih tubi pola yang berpusatkan murid supaya mereka melalui pengalaman berbahasa di bilik darjah. Kesimpulannya, jenis-jenis ayat tediri daripada :

1.         Ayat penyata
2.         Aya perintah
3.         Ayat tanya
4.         Ayat seruan

( 1 ) Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Sila perhatikan contoh-contoh yang di bawah in i:

a)  Saya mempunyai sebuah komputer.
b)  Dia sudah pandai mengakses maklumat daripada e-pembelajaran.
c)  Guru-guru sedang melengkapkan pelbagai jenis borang.
d)  Dia pandai mengambil hati.
e)  Encik Mohamad Hanifah mengimpikan seorang isteri yang solehah.

Dapatkah anda mengesan ciri-ciri ayat penyata berdasarkan contoh yang di atas? Ciri-cirinya ialah ayat penyata bertujuan menyatakan sesuatu hal atau perkara dan dilafazkan dengan intonasi menurun pada akhir ayat.

( 2 ) Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat pula digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soal  (?). Ayat tanya jenis ini boleh disertai partikel tanya  -kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat.

Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa, bila, siapa, berapa, bagaimana, mengapa dan sebagainya. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada dua golongan, iaitu ayat tanya dengan kata ganti nama tanya dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya. Ayat tanya  dengan kata ganti nama tanya terdiri daripada ayat-ayat yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa dan mana. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya terdiri daripada ayat-ayat yang didahului dengan frasa sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila, bagai mana, dengan siapa, daripada siapa dan sebagainya.

Contoh ayat

Jenis ayat tanya
1. Awak sudah mandi?
2. Mereka pergi ke sekolah?
3. Dia guru cemerlang?

Ayat tanya tanpa kata tanya
1. Awak sudah mandikah?
2. Mereka pergi ke sekolahkah?
3. Dia guru cemerlangkah?

Ayat tanya dengan kata partikel tanya –kah
1. Siapakah guru awak?
2. Mana satukah pilihan awak?
3. Apakah kursus yang awak hadiri?

Ayat tanya dengan kata tanya
1. Dia  mengajar di mana?
2. Awak hendak membujang 
sampai bila?
3. Kamu menyelesaikan masalah
    itu bagaimana?

Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya
           
            Untuk makluman, ayat-ayat tanya boleh dilihat dari segi jawapan yang dikehendaki. Kalau memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan, ayat tanya tersebut dikelaskan kepada ayat tanya tertutup. Sebaliknya jika jawapan yang memerlukan kepada huraian, ayat tanya tersebut  dikelaskan sebagai ayat tanya terbuka.

( 3 ) Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya yang digugurkan. Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis:

Ayat suruhan :
Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberikan perintah atau arahan. Dalam ayat ini subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan selainnya digugurkan.

Ayat larangan:
 Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja untuk tujuan menegah seseorang melakukannya.

Ayat silaan:
Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya  kata silaan digunakan pada permulaa ayat.

Ayat permintaan:
Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Contoh ayat

Jenis ayat perintah
1.       Awak siapkan kerja itu sekarang.
2.    Makanlah kuih-muih ini dahulu.

ayat suruhan
3.    Usah bertanya ke mana aku pergi.
4.    Jangan ambil wang orang.

ayat larangan
5.    Silalah masuk.
6. Jemputlah hadir ke majlis pertunangan
       kami.

ayat silaan

7.    Minta tuan-tuan jelaskan yuran
       pengajian.  
8.   Sila hantarkan tugasan itu sebelum
       hari Isnin.

ayat permintaan

ayat perintah

Tahukah anda bahawa ayat silaan tidak boleh membawa pengertian negatif, misalnya: “Tolong jangan bising.” dan “Sila jangan merokok.”

( 4 ) Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas, dan sebagainya seperti dalam ayat :

1.      Ayah!
2.      Oh, Tuhanku!
3.      Wah, cantiknya kereta itu!

Latihan :

Latih tubi untuk mengenal pasti jenis-jenis ayat :

1
Bilaka kamu akan pergi ke Kuala Lumpur ?


2
Ahmad membeli sebuah rumah banglo.


3
Wah,  cantiknya rumah kamu!


4
Kamu kutipkan sampah itu sekarang.


5
Setiap minggu, Pak Ali suka berjoging di taman.


6
Tolong senyap.


7
Ai Ling tinggal di mana?


8
Cis, berani kau mencuri wang aku!



Murid-murid sekalian, cubalah menjawab latih tubi yang disediakan ini. Saya akan memberi jawapan yang sebenar kemudiannya. Selamat menjawab.

20 ulasan:

  1. Saya suka akan blog cikgu, terus berusaha!

    BalasPadam
  2. Blog yang menarik serta padat dengan bahan. Tahniah.

    BalasPadam
  3. Terdapat banyak bahan yang berguna dan menarik dalam blog anda,bagus

    BalasPadam
  4. Blog yang kaya dengan pengetahuan.

    BalasPadam
  5. Rajin betul cikgu ni mewarnai blog cikgu.tahniah...

    BalasPadam
  6. Terima kasih banyak-banyak, saya akan berusaha lagi :)

    BalasPadam
  7. blog cikgu amat menarik.......

    BalasPadam
  8. Bahan yang menarik.. Banyak maklumat boleh diperolehi..

    BalasPadam
  9. Maklumat yang sangat berguna kepada murid-murid.

    BalasPadam
  10. Ur heading picture was cute....
    Blog yang sangat interaktif..tahniah.

    BalasPadam
  11. Thank you very much :)

    BalasPadam
  12. Blog yang bagus dan menarik.

    BalasPadam
  13. Terima kasih atas ulasan yang diberikan

    BalasPadam