Khamis, 13 Disember 2012

Pengajaran dan Pembelajaran 14

Murid-murid sekalian, ini merupakan kali yang ke-14 untuk online P&P. Berharaplah apa-apa yang disediakan di sini dapat membantu kalian dalam pelajaran yang seterusnya di sekolah. Untuk kali ini, saya telah menyediakan latihan ulasan.

Petikan :


Pada hari Sabtu yang lepas, Boon See telah menyertai satu kem motivasi di sekolah. Pada pagi itu, dia bangun awal supaya tidak lewat ke sekolah.

Apabila tiba di sekolah, Boon See beratur untuk mendaftarkan diri. Kemudian, guru-guru membahagikan tugas kepada murid-murid dengan sama rata. Semasa aktiviti dijalankan, Boon See dan kawan-kawannya bersama-sama membuat kerja. Di samping itu, mereka menumpukan perhatian semasa guru memberikan arahan.

            Sebelum pulang, mereka membersihkan kawasan sekolah. Boon See berasa gembira kerana berpeluang menyertai kem ini.


Nota :

Situasi

Nilai murni
Pada hari Sabtu yang lepas, Boon See telah menyertai satu kem motivasi di sekolah.

Menghargai masa
Pada pagi itu, dia bangun awal supaya tidak lewat ke sekolah.

Menepati masa
Apabila tiba di sekolah, Boon See beratur untuk mendaftarkan diri.

Berdisiplin
Kemudian, guru-guru membahagikan tugas kepada murid-murid dengan sama rata.

Bersikap adil
Semasa aktiviti dijalankan, Boon See dan kawan-kawannya bersama-sama membuat kerja.

Bekerjasama
Mereka menumpukan perhatian semasa guru memberikan arahan.

Mematuhi peraturan
Sebelum pulang, mereka membersihkan kawasan sekolah.

Menjaga kebersihan
Boon See berasa gembira kerana berpeluang menyertai kem ini.

Bersyukur
                                                                                                                                  
Jawapan :

            Kita mestilah berdisiplin. Contohnya, Boon See beratur untuk mendaftarkan diri apabila tiba di sekolah. Seterusnya, kita haruslah bersikap adil seperti guru-guru membahagikan tugas kepada murid-murid dengan sama rata. Di samping itu, kita wajarlah bekerjasama. Contohnya, Boon See dan kawan-kawannya bersama-sama membuat kerja semasa aktiviti dijalankan. Akhirnya, kita hendaklah bersyukur seperti Boon See berasa gembira kerana berpeluang menyertai kem ini.

18 ulasan:

  1. Nota yang lengkap, latihan juga sesuai, good job!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen yang diberikan.

      Padam
  2. Nota senang difahami oleh pelajar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen yang diberikan.

      Padam
  3. Tanpa Nama11:45:00 PTG

    Cikgu Liew, saya Alex Wong.Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kamu kerana kamu mengajar kami buat ulasan.Saya sudah tahu buat ulasan.Saya sentiasa membaca nota di sini kerana ibu panggil saya baca.Saya pun suka baca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana kunjungi blog saya.Yaloh,kamu mesti rajin belajar yah...:)

      Padam
  4. Nota yang jelas amat memudahkan murid-murid untuk belajar.Pastinya murid-murid cikgu dapat menambah ilmu yang luas dengan adanya blog ini.Syabas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cikgu Chai.Ulasan yang diberikan amat saya hargai.

      Padam
  5. Tahniah cikgu!Blog cikgu padat dengan maklumat yang berguna dan bermanfaat untuk pembelajaran murid-murid.Pastinya murid-murid dapat belajar dengan seronok bersama cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan.Ulasan anda amat saya hargai.

      Padam
  6. Terima kasih atas perkongsian maklumat yang baik ini.Dengan adanya maklumat ini, proses P&P dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan lagi.Tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan.Ulasan anda amat saya hargai.

      Padam
  7. Satu paparan yang menarik dan baik.Blog cikgu amat dipuji kerana lengkap dan padat dengan banyak maklumat yang berguna.Syabas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan.Ulasan anda amat saya hargai.

      Padam
  8. Saya sangat suka blog cikgu. Blog cikgu sistematik, sugguh menarik dan telah memanfaatkan saya. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama.Ulasan dan pujian Cikgu Chai amat saya hargai.Sebenarnya,terharu pula saya tengok ulasan cikgu.Terima kasih banyak-banyak.Untuk saya,ulasan sebagai dorongan dan pujian sebagai galakan.

      Padam
  9. Menarik blog. Teruskan usaha..

    BalasPadam