Rabu, 12 Disember 2012

Pengajaran dan Pembelajaran 13

          Murid-murid sekalian, tibalah masa untuk online P&P. Masa cuti masih panjang lagi, saya akan cuba menyediakan seberapa banyak maklumat, nota atau latihan di sini. Berharaplah kalian dapat menghargai masa dengan mengunjungi blog saya untuk membaca nota serta membuat latihan. Ini sedikit sebanyak akan membantu kalian dalam pelajaran nanti. Selamat belajar.

Aktiviti Bina Ayat :

Gambar 1


Kata Kerja      : memancing 

Contoh Ayat   : Ming Hui dan adiknya memancing ikan di tepi sebuah kolam yang cantik.

Gambar 2 


Kata Kerja     : berlari

Contoh Ayat  : Peserta-peserta berlari dengan pantas untuk mendapat pingat emas dalam 
                         acara lumba lari.

Gambar 3 

Kata Kerja      : memadamkan

Contoh Ayat   : Ahli bamba yang bertungkus-lumus itu memadamkan api dengan secepat 
                          mungkin.

Gambar 4


Kata Kerja       : menyiram

Contoh Ayat    : Mei Fen menyiram pokok bunga yang cantik di taman bunga.

Gambar 5


Kata Kerja        : melukis

Contoh Ayat     : Stephenie suka melukis gambar yang cantik pada masa lapang.

26 ulasan:

  1. Blog cikgu sangat menarik dan mempunyai banyak info. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga kerana sudi memberi komen kepada blog saya.

      Padam
  2. A very nice blog, easy for learning! Keep it up!

    BalasPadam
  3. blog cikgu sangat cantik dan menarik.

    BalasPadam
  4. Blog cikgu sangat menarik dan memanfaatkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen yang diberikan.

      Padam
  5. aktiviti p n p 13 ini sangat menarik. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Terima kasih juga kerana sudi melawat ke blog saya dan tinggalkan komen di sini.

      Padam
  6. gambar yang menarik memang dapat menarik perhatian murid-murid

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya pun bersependapat dengan cikgu.

      Padam
  7. persembahan yang ceria dan menarik..tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen yang diberikan.

      Padam
  8. Salam sejahtera...satu blog yg menarik dan terdapat banyak maklumat yg boleh dikongsi dan dijadikan rujukan untuk guru lain..teruskan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sejahtera.Terima kasih atas komen yang diberikan.Sebenarnya saya pun guru yang baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan.

      Padam
  9. Tahniah cikgu. Blog yang mempuntai pelbagai info yang dapat dikongsikan bersama rakan-rakan. Pastinya murid juga akan gembira melayari blog yang ceria ini. Syabas cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan.

      Padam
  10. Syabas, blog yang menarik dan banyak manfaat yang boleh dikongsi semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan.Ulasan yang diberikan amat saya hargai.

      Padam
  11. Satu paparan yang menarik dan baik.Blog cikgu amat dipuji kerana lengkap dan padat dengan banyak maklumat yang berguna.Syabas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cikgu Chai.Saya akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh lagi :)

      Padam