Rabu, 12 Disember 2012

Pengajaran dan Pembelajaran 12

Murid-murid sekalian, memandangkan masa cuti panjang lagi, saya telah menyediakan latihan yang mengenai ulasan. Pada kali ini, saya telah menyediakan latihan ulasan yang mengenai pengajaran negatif. Berharaplah kalian tidak terlupa cara-cara menjawabnya. Selamat belajar.

Latihan ulasan ( Pengajaran negatif ) :

1.) Qiu Wei suka melepak di mana-mana tempat sahaja selepas waktu persekolahan.

Nilai murni       : menghargai masa

Jawapan          : Kita hendaklah menghargai masa bukannya seperti Qiu Wei suka melepak di
                         mana-mana tempat sahaja selepas waktu persekolahan.

 2.) Adik Chong Wei merosakkan mainan yang dibeli oleh ibunya dengan sesuka hati.

Nilai murni       : menghargai barang

Jawapan          : Kita mestilah menghargai barang bukannya seperti adik Chong Wei
                         merosakkan mainan yang dibeli oleh ibunya dengan sesuka hati.
   
3.) Ah Seng membeli barang yang tidak diperlukan dan suka membeli barang yang berjenama
     sahaja.

Nilai murni       : berjimat cermat

Jawapan          : Kita wajarlah berjimat cermat bukannya seperti Ah Seng membeli barang
                         yang tidak diperlukan dan suka membeli barang yang berjenama sahaja.

4.) Pak Ali sentiasa mengumpul sampah sarap dan membakarnya di tepi rumah.

Nilai murni       : menjaga kebersihan

Jawapan          : Kita haruslah menjaga kebersihan bukannya seperti Pak Ali sentiasa
                         mengumpul sampah sarap dan membakarnya di tepi rumah.

5.) Semasa Siew Ling terjatuh, Ming Kang berpeluk tubuh sahaja dan tidak menghulurkan
     bantuan yang sewajarnya.

Nilai murni       : baik hati

Jawapan          : Kita patutlah baik hati bukannya seperti semasa Siew Ling terjatuh, Ming
                         Kang berpeluk tubuh sahaja dan tidak menghulurkan bantuan yang
                         sewajarnya

12 ulasan:

  1. well done~~~your note so nice~~

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama1:33:00 PTG

    Cikgu Liew, terima kasih kerana telah menyediakan banyak latihan dan nota di sini.Saya ada membaca nota ini.Saya ialah Hui Qing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan.Hui Qing, harap kamu dapat memperoleh sebarang ilmu melalui blog saya.Usaha Pasti Berjaya!

      Padam
  3. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama.Saya sebenarnya guru baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan.

      Padam
  4. Latihan ini dapat memberi manfaat kepada murid.

    BalasPadam
  5. Guru yang amat berdediksi dan bertanggungjawab kerana telah menghasilkan blog yang baik ini.Maklumat,nota dan latihan yang dipaparkan di sini amat sesuai untuk pembelajaran murid-murid.Tahniah cikgu!

    BalasPadam