Selasa, 11 Disember 2012

Pengajaran dan Pembelajaran 11

Murid-murid sekalian, tibalah masa untuk aktiviti bina ayat. Berdasarkan gambar yang diberikan, saya akan memberi frasa kata kerja serta contoh ayat-ayat yang dibina. Dengan ini, berharaplah kalian boleh mengulang kaji dan ayat-ayat yang dibina adalah sebagai rujukan sahaja. Selamat belajar.

Bina lima ayat berdasarkan gambar yang diberikan.


Perbendaharaan kata :

Frasa Kata Kerja

Makna
Mencuci pinggan mangkuk

洗碗碟
Menyiang ikan

洗杀鱼
Menggoreng sayur

炒菜
Mengupas bawang

剥洋葱
Mengelap meja

抹桌子

Bina ayat :

1. Abang saya mencuci pinggan mangkuk yang kotor sehingga bersih.

2. Kakak saya menyiang ikan yang segar sebelum digoreng.

3. Ibu saya menggoreng sayur untuk dijadikan lauk yang sedap.

4. Adik perempuan saya mengupas bawang dengan sebilah pisau.

5. Adik lelaki saya mengelap meja sebelum makanan dihidangkan.

14 ulasan:

  1. Latihan yang dapat memberangsangkan minat murid-murid untuk belajar.

    BalasPadam
  2. gambar yang bermaklumat padat. terima kasih.

    BalasPadam
  3. Anda telah menyediakan blog yang begitu menarik sekali.:)

    BalasPadam
  4. Bagus, teruskan usaha cikgu !

    BalasPadam
  5. Frasa kata kerja yang diberi dapat membimbing murid membina ayat dengan mudah.

    BalasPadam
  6. Gambar menarik, frasa yg jelas.Murid pasti dapat membina ayat

    BalasPadam
  7. Saya amat suka blog cikgu kerana terdapat banyak info yang berguna dan bermanfaat dapat dicari di sini.Pastinya murid-murid cikgu dapat dimanfaatkan.Syabas!

    BalasPadam