Khamis, 13 Disember 2012

Pengajaran dan Pembelajaran 15

          Murid-murid sekalian, kali ini saya telah menyediakan nota untuk Kata Penguat serta sedikit latihannya.Berharaplah kalian boleh menghargai masa dengan membaca nota ini lalu menjawab latihan yang seterusnya.Jawapan akan diberi kemdiannya sebagai sesi perbincangan.Cubalah menjawab latihan yang disediakan.Selamat belajar.         

Kata Penguat

Nota :

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Imbuhan “ter-” apabila bergabung dengan kata adjektif seperti cantik (tercantik), baik (terbaik), tinggi (tertinggi) membawa maksud “paling” berfungsi sebagai kata penguat. Oleh itu bentuk-bentuk tersebut tidak boleh digandingkan dengan kata penguat seperti “paling”, “sangat” dan “sekali” kerana berlaku unsur kelewahan. Kata “paling”, “sangat” dan “sekali” tergolong sebagai kata penguat.

Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu :
  1. kata penguat hadapan yang mendahului frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup, makin, kurang.
  2. kata penguat belakang yang mengikuti kata adjektif. Contoh: sekali, benar, nian, betul.
  3. kata penguat bebas yang boleh mendahului atau mengikuti kata adjektif. Contoh: amat, sangat dan sungguh.
Hanya satu kata penguat boleh digunakan di hadapan atau di belakang sesuatu kata adjektif. Contoh penggunaan kata penguat dalam ayat adalah seperti yang berikut:
  1. Dalam kalangan adik-beradiknya, dia yang paling rajin (bukan paling rajin sekali).
  2. Harga kereta itu mahal sangat atau harga kereta itu sangat mahal (bukan sangat mahal sekali/ terlalu mahal sangat).
  3. Cantik sekali kasut yang dibelinya itu (bukan terlalu cantik sekali baju yang dibelinya itu).
  4. Saya mendapat markah tertinggi dalam kelas (bukan tertinggi sekali/ paling tertinggi).
Latihan :

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1.)  ______________ pantas kuda berwarna putih itu berlari.
A         Nian
B          Benar
C         Sekali
D         Terlalu

2.) Haiwan yang ___________ besar di darat ialah gajah.
A         betul
B          benar
C         sekali
D         paling

3.) Antara batu permata itu, berlian yang ___________mahal.
A          paling
B          sekali
C         benar
D         betul

4.) Rasa kopi yang dibancuh oleh Ros _________ manis.
A         nian
B          agak
C         betul
D         benar

5.) Arumugam merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________ 
      handal.
A         paling
B          sekali
C         betul
D         nian

6.) Tulisan Sulaiman _________ cantik dan kemas.
A         sungguh
B          sekali
C         benar
D         nian

7.) Cerita yang dikarang oleh Maniam itu _________ menarik.
A         amat
B          betul
C         benar
D         sekali

8.) Rasa buah durian itu _________ sedap.
A         betul
B          benar
C         sekali
D         sangat

9.) Sang Kancil merupakan haiwan yang __________ pintar.
A         paling
B          sekali
C         betul
D         nian

10.) Biskut coklat yang dibuat oleh Mak Cik Yam ____________rangup.
A         sekali
B          betul
C         amat
D         nian

31 ulasan:

  1. terima kasih atas ulasan cikgu. Saya ucapkan tahniah juga buat cikgu berjaya menghasilkan blog yang sangat menarik, classy dan penuh dengan info. Teruskan usaha lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen yang diberikan.

      Padam
  2. Tanpa Nama11:39:00 PTG

    1.C
    2.D
    3.A
    4.B
    5.A
    6.A
    7.A
    8.D
    9.A
    10.A
    (Alex Wong)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana menjawab soalan ini.

      Padam
  3. Latihan yang mudah dan menarik...overall...blog yang penuh dgn informasi..Tahniah!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan.

      Padam
  4. Tanpa Nama3:29:00 PG

    1.D
    2.D
    3.A
    4.B
    5.A
    6.A
    7.A
    8.D
    9.A
    10.B
    (Mei Shi)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana menjawab soalan ini.

      Padam
  5. Tanpa Nama11:57:00 PG

    1.D
    2.D
    3.A
    4.B
    5.A
    6.A
    7.A
    8.D
    9.A
    10.C
    (Chong Sui Chun)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana menjawab soalan ini.

      Padam
  6. Tanpa Nama6:50:00 PTG

    1.D
    2.D
    3.A
    4.B
    5.A
    6.A
    7.A
    8.D
    9.A
    10.C
    (Liew Shan Yuan)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana menjawab soalan ini.

      Padam
  7. Tanpa Nama9:32:00 PTG

    1.D
    2.D
    3.A
    4.B
    5.A
    6.A
    7.A
    8.D
    9.A
    10.C
    (Haw Wen Hui)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana menjawab soalan ini.

      Padam
  8. Tanpa Nama9:48:00 PTG

    1.D
    2.D
    3.A
    4.B
    5.A
    6.A
    7.A
    8.D
    9.A
    10.C
    (Siow Yun Yin)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana menjawab soalan ini.

      Padam
  9. maklumat dan latihan anda diberi sangat berguna!terima kasih Cikgu Liew!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga kerana sudi melawat blog saya dan memberi ulasan kepada saya.

      Padam
  10. Tahniah Cikgu Liew. sungguh menarik dan berinformasi blog cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen yang diberikan.Ulasan cikgu amat saya hargai.

      Padam
  11. Tanpa Nama11:36:00 PTG

    1.D
    2.D
    3.A
    4.B
    5.A
    6.A
    7.A
    8.D
    9.A
    10.C
    (Wong Hui Xin)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana menjawab soalan ini.

      Padam
  12. Tanpa Nama12:03:00 PG

    1.D
    2.D
    3.A
    4.B
    5.A
    6.A
    7.A
    8.D
    9.A
    10.C
    (Wong Kah shyuan)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana menjawab soalan ini.

      Padam
  13. Terima kasih Cikgu Liew kerana sentiasa mengajar murid-murid dengan bersungguh-sungguh.Anak saya suka membuka blog cikgu untuk membaca maklumat di sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga kerana sudi mengunjungi blog saya dan tinggalkan ulasan untuk saya.Ulasan yang diberikan amat saya hargai.

      Padam
  14. Blog yang dihasilkan oleh cikgu amat memanfaatkan semua terutamanya murid-murid.Banyak nota dan latihan yang berguna telah dipaparkan di sini.Tahniah!

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama7:26:00 PTG

    1.D
    2.D
    3.A
    4.B
    5.A
    6.A
    7.A
    8.D
    9.A
    10.C
    (Lim Qing Lang)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana menjawab soalan ini.

      Padam
  16. Kepada murid-murid saya yang dikasihi,ribuan terima kasih diucapkan kepada kamu kerana sudi mengunjungi blog saya lalu menjawab latihan yang dipaparkan.Saya amat terharu dan gembira dengan tindakan kamu.Sebenarnya jawapan adalah seperti yang berikut:1.D 2.D 3.A 4.B 5.A 6.A 7.A 8.D 9.A 10.C
    Saya herharap kamu dapat menyemak jawapan dan membuat ulang kaji di rumah kerana masa cuti sekolah masih panjang lagi.Selamat belajar.

    BalasPadam