Jumaat, 7 Disember 2012

Jom Membaca 7

Sang Bangau Menipu Ikan

Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir kering. Semua ikan berasa susah hati. Pada suatu hari, datang seekor burung bangau. Bangau berpura-pura mahu menolong ikan.

"Kamu semua boleh berpindah ke kolam lain. Kolam itu tidak kering," kata bangau. Semua ikan bersetuju. Mereka sangat gembira.

Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi seekor ikan itu dibawanya pergi. Tetapi semua ikan itu dimakannya.

Kemudian tibalah giliran ketam untuk berpindah. Ketam itu dibawa pergi oleh bangau. Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan. Ketam tahu bangau itu penipu. Bangau mahu makan ketam pula. Tetapi ketam segera menyepit leher bangau. Matilah bangau itu.

Nilai Murni :
Baik hati / Jujur à Murid-murid sekalian, kita haruslah sentiasa baik hati untuk menolong orang dan juga hendaklah sentiasa bersikap jujur supaya dipercayai orang. Jangan sekali-kali berbuat jahat. Ini kerana setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasan buruk daripada Tuhan.

10 ulasan: