Ahad, 2 Disember 2012

Jom Membaca 4

Arnab Dengan Kura-kura

Pada suatu hari, arnab keluar bersiar-siar. Arnab ternampak kura-kura. Kura-kura sedang merangkak perlahan-lahan

"Ha! Ha! Ha!" arnab ketawa. "Kura-kura berjalan sangat perlahan," kata arnab dalam hatinya. Arnab segera pergi berjumpa kura-kura.

"Wahai kura-kura, mahukah engkau berlumba lari denganku?" arnab bertanya. "Ya, baiklah! Aku bersetuju," jawab kura-kura.

"Satu, dua, tiga!" arnab membilang. Perlumbaan pun bermula.

Arnab berlari kencang. Kura-kura merangkak perlahan. Di pertengahan jalan, arnab berehat di bawah sebatang pokok. Kemudian, arnab tertidur. Kura-kura terus merangkak. Akhirnya, kura-kura sampai di garisan penamat.

Arnab terjaga daripada tidurnya. Arnab terus berlari kencang. Tetapi kura-kura sudah berada di garisan penamat. Arnab kalah dalam perlumbaan itu. Arnab berasa malu.

Nilai murni :

Rendah hati --- Murid-murid sekalian, kita hendaklah sentiasa bersikap rendah hati dan jangan sekali-kali memandang rendah terhadap orang yang lemah atau miskin. Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing.

4 ulasan:

  1. teruskan usaha kamu lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...saya akan teruskan usaha..Usaha tangga kejayaan :)

      Padam
  2. Tanpa Nama3:04:00 PG

    Cikgu Liew,saya Wen Xuan.Saya telah membaca cerita ini.Cerita ini baik.Saya akan sentiasa bersikap rendah hati.Terima kasih cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Wen Xuan.Ya,betul sekali.Kita tidak boleh bersikap sombong kerana sikap ini akan merugikan diri sendiri sahaja.

      Padam