Isnin, 10 Disember 2012

Jom Membaca 10

Sang Merak dengan Sang Arnab

Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Arnab ingin benar ekornya panjang dan cantik. Arnab mahu ekornya seperti ekor merak. Ekor merak panjang dan cantik. Semua manusia memuji kecantikan ekor merak.

Pada suatu hari, arnab berjumpa dengan merak. Arnab memuji kecantikan merak. Merak berasa bangga kerana dapat pujian. Merak mengembangkan ekornya. Ekornya sangat cantik. Arnab terus memuji kecantikan merak.

Namun, arnab memuji merak kerana ada tujuan lain. Arnab ingin meminjam ekor merak. Merak bersetuju meminjamkan ekornya kepada arnab. Merak membuat pertukaran ekor dengan arnab. Arnab memakai ekor merak. Merak memakai ekor arnab.

Alangkah gembiranya arnab apabila mendapat ekor merak. Arnab berlari ke sana dan ke mari. Arnab menari-menari di tengah padang. Merak pula memakai ekor arnab. Alangkah terperanjatnya merak kerana mendapati dirinya berekor kontot.

Pang! Tiba-tiba terdengar bunyi senapang. Arnab termengah-mengah lari masuk ke dalam hutan. Arnab pergi berjumpa merak.
Arnab menceritakan bahawa ia ditembak oleh pemburu. Nasibnya baik kerana tidak terkena peluru pemburu.

Arnab minta  semula ekornya. Mereka bertukar ekor masing-masing. Arnab tidak mahu memakai ekor merak lagi.  "Biarlah ekorku pendek dan tidak cantik, asalkan diriku selamat," fikir arnab.

NILAI MURNI :          

Bersyukur --- Murid-murid sekalian, kita haruslah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. Setiap kurniaan Tuhan pastilah ada kebaikannya untuk diri kita.

7 ulasan:

  1. Cerita yang baik,terutamanya telah menerap nilai murni.

    BalasPadam
  2. cerita yang menarik sesuai utk ank2...

    BalasPadam
  3. sungguh menarik . syabas.

    BalasPadam
  4. Saya amat suka blog cikgu kerana terdapat banyak info yang berguna dan bermanfaat dapat dicari di sini.Pastinya murid-murid cikgu dapat dimanfaatkan.Syabas!

    BalasPadam
  5. Cikgu-cikgu yang dihormati, saya amat terharu apabila tengok ulasan yang kamu berikan.Ini amat memberi galakan yang besar kepada saya untuk berusaha lagi.Terima kasih kerana mengunjungi blog saya serta ulasan yang amat berharga ini.

    BalasPadam