Ahad, 9 Disember 2012

Contoh Karangan 9

             Orang Yang Paling saya sayangi

Beliau merupakan orang yang sentiasa membantu, menasihati, mencurahi saya dengan penuh kasih sayang. Beliaulah yang mendidik dan membimbing saya selama ini. Beliau yang dimaksudkan adalah ibu saya, iaitu orang yang paling saya segani.

Ibu saya merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Oleh sebab keluarga saya tidak mampu mengupah pembantu rumah, ibu sayalah yang menghabiskan semua kerja-kerja rumah termasuk memasak, mencuci dan menjaga adik-adik.

Selain itu, ibu saya juga bertugas sebagai pemandu yang menghantar saya serta adik-adik pergi ke dan balik dari sekolah. Kadang-kala beliau juga menyediakan bekalan makanan untuk kami bawa sebagai sarapan petang.

Ibu saya merupakan seorang pemain piano yang handal. Lagu-lagu klasik seperti Elise, Fantasia importu, Ave Maria dan lain-lain merupakan lagu-lagu yang hebat dipersembahkan oleh ibu saya. Saya amat mengagumi kebolehan dan kehandalan ibu saya. Kami adik-beradik sentiasa berpeluang menikmati lagu-lagu yang dimainkan oleh ibu saya.

Sejak kecil saya dapat merasai kasih sayang ibu saya yang tidak terhingga. Semasa saya belajar berbasikal pada umur 5 tahun, saya terjatuh lalu menangis. Ibu saya tidak membantu saya berdiri. Namun, beliau berdiri di sisi dan terus memberi galakan dengan memberitahu saya jangan mengaku kalah€ dengan mudah, saya perlu bergantung kepada sendiri dan belajar menjadi berdikari. Beliau berharap saya dapat menjadi orang yang berjaya dan berkeyakinan pada masa depan.

Sebelum tidur ibu dan ayah akan berdoa bersama kami adik-beradik. Mereka mencurahkan kasih sayang yang tidak terhingga kerana kasih sayang merupakan teras keluarga bahagia.

Saya berharap agar ibu akan sentiasa sihat dan ceria. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu.
  

Kosa kata


Makna
kasih sayang


疼爱
suri rumahtangga sepenuh masa


全职家庭主妇
Mengupah


聘请
Mendidik


教育
jangan mengaku kalah dengan mudah


不要轻易认输
Berkeyakinan


有信心
memberi galakan


给予鼓励
Berdikari


独立
membalas jasa


报恩

10 ulasan:

  1. Terima kasih kerana berkongsi pengetahuan dengan saya.

    BalasPadam
  2. Banyak maklumat dapat diperolehi dari blog cikgu, terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  3. Contoh karangan yang baik.

    BalasPadam
  4. Terima kasih kerana cikgu sudi berkongsi dengan kita.Syabas,blog yang berjaya!

    BalasPadam
  5. Cikgu-cikgu yang dihormati,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kamu atas ulasan yang diberikan.Saya akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh lagi untuk mengajar murid-murid saya.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama8:07:00 PTG

    karangan anda bagus tetapi karangan atuk saya iebih bagus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama5:51:00 PTG

      Boleh tunjukan karangann atuk anda??
      Karangan yang baik harus kita pelajari.
      Terima kasih atas perkongsian karangan atuk anda.

      Padam