Sabtu, 8 Disember 2012

Contoh Karangan 8

Murid-murid sekalian, ini merupakan contoh karangan yang ke-8 untuk kalian. Berharap karangan yang disediakan dapat membantu kalian dan sebagai rujukan dalam menulis karangan. Selamat belajar.

Banjir

Hujan turun selama tiga hari berturut-turut. Kampung Sentosa dilanda banjir. Banyak tanaman dan ternakan telah musnah. Penduduk kampung berasa gelisah.

Penduduk kampung diarah berpindah ke sebuah balai raya yang terletak di tempat yang tinggi. Persatuan Bulan Sabit Merah dan pihak polis membantu penduduk kampung berpindah.

Mereka membawa bersama beberapa dokumen yang penting dan barang-barang kemas. Penduduk kampung tinggal di balai raya selama empat hari.

Mereka diberi makanan, minuman, pakaian dan selimut secara percuma oleh pihak kerajaan negeri. Balai raya sesak dengan penduduk kampung. Keadaan di situ kurang selesa kerana penduduk menghadapi masalah bekalan air untuk dimandi.

Setelah empat hari, air mula surut. Penduduk kampung pun pulang ke rumah. Kawasan kampung penuh dengan sampah-sarap dan lumpur. Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan kampung.

Ketua kampung memuji sikap penduduk kampung. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung kerana membersihkan kawasan kampung.

Perbendaharaan kata:

Kosa kata

Makna
Banjir

水灾
Berturut-turut   

连续的
Dilanda banjir 

被水灾侵袭
Tanaman dan ternakan  

农作物和家禽
Musnah

毁坏
Dokumen yang penting

重要的文件
Barang-barang kemas

金饰
Sesak

拥挤
Air mula surut

水开始退潮
Memuji

称赞

5 ulasan:

  1. Contoh karangan yang berserta dengan perbendaharaan kata amat sesuai untuk pembelajaran murid-murid.Baik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan.

      Padam
  2. Contoh karangan yang baik.Murid-murid dapat belajar menulis karangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan.

      Padam
  3. Tanpa Nama6:27:00 PTG

    Baiklah contoh karangan ini

    BalasPadam