Jumaat, 7 Disember 2012

Contoh Karangan 7

Kebaikan Buah-buahan Tempatan

Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi.

Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah-buahan. Pokok buah-buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di kampung. Ini akan akan memudahkan kita untuk mendapatkan buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai dan sebagainya.

Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila kita lebih gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah membantu negara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi negara.

Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak kebaikannya. Tambahan pula, buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.

Perbendaharaan kata :

Kosa kata

Makna
Kebaikan

好处
Buah-buahan tempatan

本地水果

Digalakkan

被鼓励

Segar

新鲜

Mudah didapati

容易被找到

Meningkatkan pendapatan

提高收入

Ekonomi

经济

Peluang pekerjaan

就业机会

Buah-buahan import

进口水果

Menikmati buah-buahan

享用水果



4 ulasan:

  1. petikan yang sesuai untuk murid-murid

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan.

      Padam
  2. Wah, banyak maklumat yang sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih kerana berkongsi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan.

      Padam