Ahad, 2 Disember 2012

Contoh Karangan 6

Binatang Kesayangan Saya

Ramai kanak-kanak pada masa kini suka memelihara binatang kesayangan. Begitu juga dengan saya. Biasanya, binatang yang dipelihara adalah seperti tikus belanda, kucing, kura-kura dan sebagainya.

Sejak kecil, saya telah mempunyai seekor binatang kesayangan. Binatang kesayangan saya ialah seekor kucing yang berbulu putih. Oleh itu, saya menamakannya Si Putih. Si Putih ialah seekor kucing yang bersih dan comel rupanya.

Setiap petang, Si Putih suka menemani saya keluar untuk berjalan-jalan di taman. Saya suka mendukung Si Putih sambil berjalan-jalan. Kadang-kadang, Si Putih suka berjalan mengekori saya.

Semasa di rumah, Si Putih sentiasa bermain-main dengan saya. Kalau saya sibuk, Si Putih tidak akan mengganggu saya. Apabila saya ada masa lapang, saya akan memandikan Si Putih supaya badannya sentiasa bersih dan tidak berbau busuk.

Selain itu, Si Putih suka makan ikan dan makanan kucing. Setiap hari, saya akan memberi makanan kucing kepada Si Putih untuk dimakan. Jika saya mengikut ibu ke pasar, saya juga akan meminta ibu membeli beberapa ekor ikan yang segar untuk Si Putih.

Saya sungguh berasa gembira kerana mempunyai seekor binatang kesayangan seperti Si Putih.

Perbendaharaan kata:

Kosa kata
Makna
Binatang kesayangan saya
我的宠物
Memelihara
饲养
Tikus belanda
仓鼠
Menamakan
取名
Menemani
陪伴
Bermain-main
玩耍
Mendukung
抱着
Memandikan
冲凉
Mengganggu
打扰
Meminta
要求

10 ulasan:

  1. thanks for sharing! it's very useful for me!

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan

      Padam
  3. I just want to thank you so much for your great blog! Your essay are really of the best quality out there, and my kids are loving them!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan

      Padam
    2. Tanpa Nama11:25:00 PG

      lagu yang sedih

      Padam
  4. Tanpa Nama1:31:00 PTG

    'nya' hanya digunakan untuk manusia.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama3:19:00 PTG

    bodoh

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama3:21:00 PTG

    bagusla siapala yang bodoh tu . die tu yang bodoh

    BalasPadam