Isnin, 10 Disember 2012

Contoh Karangan 10

Aku Sebuah Kereta

Aku sebuah kereta. Namaku Saga. Aku dilahirkan di kilang proton di  Shah Alam. Tubuh badanku  direka khas untuk memenuhi cita rasa pengguna di Malaysia. Setelah siap diproses menjadi sebuah kereta, aku dan rakan-rakan telah ditempatkan di bilik pameran kereta.

Sempena pelancaran kereta baru ini, aku dan rakan-rakan telah mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung. Mereka memandu ujiku dan rakan-rakan. Para pengunjung yang datang ke majlis pelancaran kereta itu sangat berpuas hati dengan kehebatan kami.

Aku dan rakan-rakan umpama pisang goreng kerana kami telah habis ditempah oleh para pembeli. Seorang guru sekolah bernama Ali  telah menjadi tuan aku. Aku berjanji memberi perkhidmatan yang terbaik buat tuanku.  
         
Setiap pagi, Ali akan membawa aku ke sekolahnya. Dia sangat bangga dengan reka bentuk aku. Rakan-rakan  juga sering memujiku. Selain ke sekolah, aku juga membawa isterinya ke pejabat di Putrajaya.

Aku selalu dicuci dan dibersihkan pada hujung minggu. Selepas dikilatkan, aku menjadi seperti baharu semula. Ini membuat aku semakin lama semakin disayangi oleh tuanku.

Pada suatu hari, tuanku telah terlewat bangun. Dia tergesa-gesa pergi ke sekolah. Dia memanduku dengan laju sekali. Malang tidak berbau aku telah terbabit dalam kemalangan ngeri dengan sebuah lori. Aku rosak teruk dan tuanku meninggal dunia. Aku bukan sahaja sedih akan diriku tetapi meratapi akan nasib tuanku.     

Perbendaharaan kata :

Kosa kata

Makna
Dilahirkan

被生产
Direka khas

被特别设计
Mendapat sambutan hangat

得到热烈的反应
Berpuas hati

满意
Dikilatkan

被擦亮
Terlewat bangun

迟起身
Tergesa-gesa

匆匆忙忙
Kemalangan ngeri

恐怖的意外
Meninggal dunia

去世
Nasib

命运

10 ulasan:

  1. Cikgu telah menyediakan banyak latihan tatabahasa. Bagus!

    BalasPadam
  2. Sebuah blog yang menarik, taniah!

    BalasPadam
  3. Tahiniah cikgu. Banyak input yang saya dapat dari blog cikgu. Blog yang menarik untuk perkongsian ilmu.

    BalasPadam
  4. Saya amat suka blog cikgu kerana terdapat banyak info yang berguna dan bermanfaat dapat dicari di sini.Pastinya murid-murid cikgu dapat dimanfaatkan.Syabas!

    BalasPadam