Selasa, 27 November 2012

Aktiviti Sekolah 2

       Program IMPIAN Tahun 6
           
           Satu program yang diadakan oleh JPNJ, saya dipertanggungjawabkan sebagai Guru Bertugas untuk menjayakan program ini dengan membimbing, mengajar dan mendidik murid-murid tahun 6 sekolah saya menjelang UPSR. Murid-murid yang terlibat adalah murid-murid yang dipilih di mana tahap penguasaan Bahasa Melayu mereka adalah di tahap GALUS ( 30%-40%)
                                              
          Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat perbincangan semasa pengajaran dan pembelajaran saya diadakan. Murid-murid yang berdiri itu merupakan Guru Muda. Mereka merupakan murid-murid yang lebih mahir dalam penguasaan Bahasa Melayu. Mereka bertugas untuk membantu rakan-rakan mereka.

2 ulasan:

  1. program yang bagus, ia boleh memupuk budaya belajar dalam kalangan murid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan

      Padam