Jumaat, 30 November 2012

Pengajaran dan Pembelajaran 7

Latihan Bina ayat ( Kertas 2 Bahagian A )

Nota:

1. Pada bahagian A, anda diminta membina lima ayat berdasarkan
    gambar.

2. Biasanya terdapat tiga jenis arahan iaitu :
  1. Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar.
  2. Bina lima ayat berdasarkan aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam gambar.
  3. Bina lima ayat berdasarkan situasi di dalam gambar.
3. Anda perlu melihat dengan teliti gambar yang ditunjukkan. Cuba kesan
    apa  yang sedang dilakukan oleh ‘orang’ yang ada di dalam gambar.

4. Catatkan di tepi gambar lima aktiviti tersebut. Contoh : memancing .

5. Cara binaan ayat berdasarkan gambar adalah :
    Watak+ sedang aktiviti / perbuatan +di tempat+ titik

6. Watak terdiri daripada :
  • Nama orang
  • (Seorang atau jumlah) budak (lelaki atau perempuan)
  • Beberapa orang (lelaki atau perempuan)
7. Contoh binaan ayat :

Dua orang budak lelaki sedang memancing ikan di sungai.

ATAU

Watak + perbuatan + tempat

Ali dan Abu sedang memancing ikan di sungai.

8. Kata kerja, aktiviti atau perbuatan yang sama tidak boleh diulang 
    pada ayat yang lain.

Contoh :
1. Ali sedang memancing ikan di sungai.

Aktiviti yang sama

2. Abu sedang memancing ikan di sungai.

9. Pastikan tanda baca betul seperti huruf besar pada permulaan ayat 
    dan nama orang serta noktah atau titik di akhir ayat.

10. Jangan gabungkan dua ayat menjadi satu.

Contoh :
Ali sedang memancing ikan di sungai manakala Abu sedang melihat Ali sedang memancing.

NOTA : Jangan guna manakala kerana akan terjadi dua ayat.

Gambar :


Panduan :


Kata kerja / Situasi


Makna
Berbual-bual

谈天
Mendayung perahu

划船
Mengayuh basikal

骑自行车
Memancing ikan

钓鱼
Berkejar-kejaran

互相追逐
Bermain laying-layang

放风筝
Duduk

坐着
Bermain bola sepak

踢足球

Ayat :

1. Ah Leong mendayung perahu bersama adiknya dengan berhati-hati.

2. Zhan Quan mengayuh basikal di taman untuk menjaga kesihatannya.

3. Beberapa orang budak berkejar-kejaran di taman dengan gembira.

4. Puan Lily dan kawannya berbual-bual sambil duduk di atas bangku.

5. Encik Lee memancing ikan dengan sabar di tepi tasik. 

2 ulasan: