Khamis, 29 November 2012

Pengajaran dan Pembelajaran 6

           Murid-murid sekalian, saya telah menyediakan satu bahan pembelajaran yang mengenai kata hubung untuk kalian. Kalian boleh membaca nota kemudiannya cuba menjawab latihan yang disediakan. Selepas membuat latihan, kalian boleh menyemak jawapan kerana skema jawapan adalah disediakan.

Nota :


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Latihan:

1. Guru itu sering dipuji ___________ rajin bekerja.
A.        atau
B.         jika
C.        agar
D.        kerana

2. Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.
A.        dan
B.         malah
C.        manakala
D.        walaupun

3. Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak.
A.        sehingga
B.         tatkala
C.        setelah
D.        supaya

4. Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak.
A.        agar
B.         ketika
C.        hingga
D.        setelah

5. Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu
     hadapan ___________ bulan hadapan?
A.        dan
B.         lalu
C.        atau
D.        maka

6. Din mengambil surat itu _________ menyerahkannya kepada Rajoo.
A.        lalu
B.         agar
C.        maka
D.        kerana

7. Charles lulus ujian itu _________ adiknya gagal.
A.        dan
B.         serta
C.        tetapi
D.        malahan

8. Zamzarina berkata-kata __________ merenung wajah temannya.
A.        kerana
B.         sambil
C.        maka
D.        lalu

9. Farzana ______ Mei Hua sangat gembira kerana mereka mendapat keputusanyang cemerlang dalam UPSR.
A.        dan
B.         lalu
C.        tetapi
D.        walhal

10. __________ keluarga Wong tiba, datuknya tiada di rumah.
A.        Semasa
B.         Setelah
C.        Supaya
D.        Sementara

Jawapan:

1. D     2. B      3. A     4. B      5. C     6. A     7. C     8. B      9. A     10. A 

12 ulasan:

  1. blog yang bagus dengan nota yang jelas dan latihan yang berfaedah. Syabas!

    BalasPadam
  2. Thanks for sharing...^^

    BalasPadam
  3. Nota yang jelas. Blog yang baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan

      Padam
  4. Hello Cikgu,
    Nota padat. Ada terjemahan. Memudahkan murid yang belum menguasai bahasa Melayu :)

    BalasPadam