Selasa, 27 November 2012

Pengajaran dan Pembelajaran 4

Latihan Ulasan:          
Murid-murid sekalian, masa cuti sekolah masih panjang lagi, saya akan terus menyediakan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran di sini. Berharap kalian dapat dimanfaatkan melalui bahan yang dipaparkan.

Petikan:


Pada hari Sabtu yang lepas, Boon See telah menyertai satu kem motivasi di sekolah. Pada pagi itu, dia bangun awal supaya tidak lewat ke sekolah.
           
        Apabila tiba di sekolah, Boon See beratur untuk mendaftarkan diri. Kemudian, guru-guru membahagikan tugas kepada murid-murid dengan sama rata. Semasa aktiviti dijalankan, Boon See dan kawan-kawannya bersama-sama membuat kerja. Di samping itu, mereka menumpukan perhatian semasa guru memberikan arahan.

           Sebelum pulang, mereka membersihkan kawasan sekolah. Boon See berasa gembira kerana berpeluang menyertai kem ini.


Nota:


Situasi / Ayat


Nilai murni
Pada hari Sabtu yang lepas, Boon See telah menyertai satu kem motivasi di sekolah.

Menghargai masa
Pada pagi itu, dia bangun awal supaya tidak lewat ke sekolah.

Menepati masa

Apabila tiba di sekolah, Boon See beratur untuk mendaftarkan diri.

Berdisiplin
Guru-guru membahagikan tugas kepada murid-murid dengan sama rata.

Bersikap adil
Semasa aktiviti dijalankan, Boon See dan kawan-kawannya bersama-sama membuat kerja.

Bekerjasama
Mereka menumpukan perhatian semasa guru memberikan arahan.

Mematuhi peraturan
Sebelum pulang, mereka membersihkan kawasan sekolah.

Menjaga kebersihan

Boon See berasa gembira kerana berpeluang menyertai kem ini.

Bersyukur

Jawapan:

            Kita mestilah menepati masa. Contohnya, Boon See bangun awal supaya tidak lewat ke sekolah pada pagi itu. Seterusnya, kita hendaklah bersikap adil seperti guru-guru membahagikan tugas kepada murid-murid dengan sama rata. Selain itu, kita wajarlah menjaga kebersihan. Contohnya, mereka membersihkan kawasan sekolah sebelum pulang. Akhirnya, kita haruslah bersyukur seperti Boon See berasa gembira kerana berpeluang menyertai kem ini.

2 ulasan: