Sabtu, 17 November 2012

Pengajaran dan Pembelajaran 1

Dalam cuti sekolah yang panjang ini, diharapkan murid-murid boleh mengulang kaji pelajaran sendiri. Sepanjang cuti sekolah ini, saya akan menyediakan pelbagai bahan atau nota di sini.

Cara-cara untuk menjawab latihan ulasan:

1.) Siew Xia memberi kuih-muih kepada jiran tetangganya sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Nilai       : murah hati

Jwp 1     : Kita hendaklah murah hati. Contohnya, Siew Xia memberi kuih-muih kepada jiran
                tetangganya sempena Tahun Baru Cina.

Jwp 2     : Kita hendaklah murah hati seperti Siew Xia memberi kuih-muih kepada jiran tetangganya
                sempena Tahun Baru Cina.

2.) Aminah menjahit bajunya yang koyak kerana masih boleh dipakai lagi.

Nilai       : berjimat cermat

Jwp 1     : Kita mestilah berjimat cermat. Contohnya, Aminah menjahit bajunya yang koyak kerana
                masih boleh dipakai lagi.

Jwp 2     : Kita mestilah berjimat cermat seperti Aminah menjahit bajunya yang koyak kerana
                masih boleh dipakai lagi.

3). Pak Ali mengibarkan Jalur Gemilang di depan rumahnya menjelang Hari Kemerdekaan.

Nilai       : cinta akan negara/ mencintai negara/ menghormati negara

Jwp 1     : Kita haruslah cinta akan negara . Contohnya, Pak Ali mengibarkan Jalur Gemilang di
                depan rumahnya menjelang Hari Kemerdekaan.

Jwp 2     : Kita haruslah cinta akan negara seperti Pak Ali mengibarkan Jalur Gemilang di depan     
                rumahnya menjelang Hari Kemerdekaan.

4).  Teck Kang memulangkan dompet yang dijumpainya kepada pemilik dompet itu.  

Nilai       : jujur

Jwp 1     : Kita patutlah jujur. Contohnya, Teck Kang memulangkan dompet yang dijumpainya kepada
                pemilik dompet itu.  

Jwp 2     : Kita patutlah jujur seperti Teck Kang memulangkan dompet yang dijumpainya kepada
                pemilik dompet itu.  

5).  Saina belajar dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Nilai       : tekun

Jwp 1     : Kita patutlah tekun. Contohnya, Saina belajar dengan bersungguh-sungguh supaya
                mendapat keputusan yang cemerlang.

Jwp 2     : Kita patutlah tekun seperti Saina belajar dengan bersungguh-sungguh supaya
                mendapat keputusan yang cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan