Ahad, 4 November 2012

Nota dan Latihan 3

Murid-murid boleh membaca nota di bawah kemudiannya menjawab latihan ulasan yang disediakan. Kalian hanya menjawab dengan menulis nilai murni sahaja bukannya dalam bentuk jawapan ayat yang lengkap.

Nota Ulasan :


Situasi yang biasa dijumpai


Nilai murni

Memberikan tempat duduk


Bertimbang rasa

Mengucapkan terima kasih


Berbudi bahasa

Bergotong-royong


Bekerjasama

Menderma


Murah hati

Menolong / membantu


Baik hati

Beratur


1. Berdisiplin
2. Mematuhi peraturan


Membaca buku

Rajin


Bersukan

Menjaga kesihatan


Berdiri tegak semasa menyanyi lagu Negaraku


1. Cinta akan negara
2. Menghormati negara


Membuang sampah ke dalam tong sampah


Menjaga kebersihan

Latihan Ulasan :

1.) Encik Wong bersarapan setiap pagi sebelum pergi ke pejabatnya.

      Nilai murni : __________________________________

2.) Puan Lily membersihkan longkang yang tersumbat untuk  
      mengelakkan pembiakan nyamuk.

     Nilai murni : ___________________________________

3.) Murid-murid berbaris lalu masuk ke dalam dewan apabila 
     perhimpunan diadakan.

     Nilai murni : __________________________________

4.) Sock Ling mengulang kaji pelajaran selepas tamat waktu 
      persekolahan.
  
      Nilai murni : _________________________________

5.) James membalut buku teks baharunya dengan kertas plastik.
  
      Nilai murni : _________________________________

6.) Cikgu Teoh menyemak buku latihan murid-muridnya dengan teliti.

      Nilai murni : _________________________________

7.) Siti memakai tali pinggang keledar semasa memandu keretanya.

      Nilai murni : _________________________________

8.) Pada hari Ahad yang lalu, Ah Meng melawat ke Melaka dengan   
      kawan-kawannya.

     Nilai murni : _________________________________

9.) Jacky menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan itu.

      Nilai murni : _________________________________

10.) Ali mencium tangan ibu bapanya sebelum pergi ke sekolah.

       Nilai murni : ________________________________

5 ulasan:

  1. Tanpa Nama6:45:00 PTG

    1.menjaga kesihatan 2.menjaga kebersihan 3.berdisiplin 4.rajin 5.menghargai barang 6.bertanggungjawab 7.mematuhi undang-undang 8.menghargai masa 9.baik hati 10.menghormati ibu bapa

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana menjawab latihan ini tetapi siapakah nama anda?

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama6:21:00 PTG

    WONG HUI XIN jawapan saya
    1.menjaga kesihatan
    2.menjaga kebersihan
    3.berdisiplin
    4.rajin
    5.menghargai masa
    6.bertanggungjawab
    7.mematuhi undang-undang
    8.menghargai masa
    9.baik hati
    10.menghormati ibu bapa




    BalasPadam
  4. Tanpa Nama10:35:00 PTG

    HAW WEN HUI jawapan saya
    1.menjaga kesihatan
    2.menjaga kebersihan
    3.berdisiplin
    4.rajin
    5.menghargai barang
    6.bertanggungjawab
    7.menjaga keselamatan
    8.menghargai masa
    9.baik hati
    10.menghormati ibu bapa

    BalasPadam
  5. Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang telah menjawab latihan ulasan ini. Jawapan nilai-nilai murni yang sebenarnya adalah seperti yang berikut:

    01. menjaga kesihatan
    02. menjaga kebersihan
    03. berdisiplin / mematuhi peraturan
    04. rajin / menghargai masa
    05. menghargai barang / bertanggungjawab
    06. bertanggungjawab
    07. mematuhi undang-undang / menjaga keselamatan
    08. menghargai masa
    09. baik hati
    10. menghormati ibu bapa

    Tahniah diucapkan kepada Haw Wen Hui dan Liew Shan Yuan kerana kamu telah berjaya menjawab semua latihan ulasan ini dengan jawapan yang tepat sekali.

    BalasPadam