Khamis, 22 November 2012

Contoh Karangan 4


Kebaikan Menabung

Menabung merupakan satu amalan yang baik. Menabung membolehkan seseorang itu belajar merancang masa depannya dengan baik. 
    
Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga. Walaupun menabung mengambil masa yang agak lama untuk menjadi banyak, namun ia mendidik seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa berusaha. Bak kata pepatah Melayu 'sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.' Pepatah ini amat sesuai digunakan sebagai galakan kepada kanak-kanak untuk menabung.

Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat. Hal ini berlaku demikian kerana apabila kita menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan, kita dapat mengeluarkan simpanan kita untuk digunakan. Ibaratnya 'sediakan payung sebelum hujan'.

Justeru, ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak mereka supaya mengamalkan amalan ini. Anggaplah amalan menabung ini satu kepentingan dan perkara yang menguntungkan.

Oleh itu, amalan ini memberi banyak kebaikan kepada seseorang. Kita hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan seharian bagi menjamin masa hadapan yang lebih terjamin.

Perbendaharaan kata:


Kosa kata


Makna
Kebaikan menabung

储蓄的好处
Merancang

计划
Mengambil masa

费时
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

积少成多
Galakan

鼓励
Sepanjang hayat

一辈子
Masalah kewangan

经济问题
Sediakan payung sebelum hujan

未雨绸缪
Perbelanjaan

开销
Menjamin masa hadapan

保证未来




9 ulasan:

  1. Saya amat menyukai post ini. Anak murid cikgu dapat belajar dan menghafal perbendaharaan kata. Syabas!

    BalasPadam
  2. Terima kasih Cikgu Yong :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas ulasan yang diberikan

    BalasPadam