Sabtu, 17 November 2012

Contoh Karangan 3


Sambutan Hari Kebangsaan

Setiap tahun pada 31 Ogos, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan. Salah satu acara yang diadakan ialah perbarisan yang biasanya diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ketika itu pelbagai pasukan unit beruniform, badan bukan kerajaan dan kementerian menyertainya. Mereka menunjukkan kecekapan berbaris di hadapan Yang Di-Pertuan Agong dan para menteri.

Orang ramai dan para pelancong tidak melepaskan peluang untuk menyaksikannya. Bagi para pelancong, mereka sambil menyelam minum airkerana tujuan mereka datang ke Malaysia adalah untuk membeli-belah dan melawat tempat-tempat menarik di Malaysia.

Selain perbarisan akan diadakan perarakan kereta berhias dan pertunjukan kapal terbang di angkasa. Peristiwa bersejarah yang bermula seawal jam 7.30 pagi akan disaksikan oleh rakyat Malaysia menerusi televisyen.

Sambutan Hari Kebangsaan merupakan hari istimewa untuk melahirkan rasa cinta rakyat kepada negara. Waktu seperti itu merupakan detik yang paling baik untuk mengenang para pejuang negara ketika menuntut kemerdekaan.


6 ulasan:

  1. Info yang berguna untuk anak murid,syabas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan yang diberikan

      Padam
  2. muhammad yazid12:58:00 PTG

    karangan yang sangat baik

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama12:36:00 PTG

    KARANGAN SANGAT BAGUS HIHI

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama7:06:00 PTG

    karangan yang sangat baik

    KARANGAN SANGAT BAGUS

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama4:50:00 PTG

    very good.......... saya suka ulasan ini.

    BalasPadam