Khamis, 29 November 2012

Aktiviti Sekolah 3

Program Masteri BM Tahun 6
         
         Satu program yang diadakan oleh JPNJ, program IMPIAN adalah murid-murid yang dipilih sahaja manakala program Masteri adalah semua murid tahun 6 akan terlibat dalam program ini. Dalam program ini, murid-murid dikehendaki menduduki peperiksaan dengan kertas ujian yang disediakan oleh guru. Selepas itu, guru akan menyemak kertas ujian murid-murid dan kemudiannya mencatat markah mereka. Selepas kertas ujian disemak, saya akan membuat perbincangan dengan murid-murid supaya mereka dapat mengenal pasti kesalahan sendiri lalu membuat pembetulan. Sebenarnya, murid-murid akan mengambil 6 kali ujian iaitu 2 kali untuk individu dan 4 kali untuk berkumpulan. 

                 




       
              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan