Jumaat, 30 November 2012

Jom Membaca 3

Masa cuti sekolah masih panjang lagi, diharapkan murid-murid dapat menghargai masa dengan membaca bahan-bahan yang disediakan di sini. Selamat belajar.

Kata Ganda :

1
Belat-belit
出尔反尔

2
Comot-momot
肮肮脏脏

3
Coreng-moreng
满是污痕

4
Geli-geleman
使人作呕

5
Gopoh-gapah
匆匆忙忙

6
Gundah-gulana
非常沮丧

7
Hingar-bingar
喧哗

8
Hiruk-pikuk
吵闹

9
Huyung-hayang
摇摆不定

10
Jerah-jerih
精疲力尽

11
Kaya-raya
非常富裕

12
Huru-hara
混乱

13
Compang-camping
破破烂烂

14
Keluh-kesah
怨言

15
Kobar-kabir
多管闲事

16
Kumat-kamit
慢慢自语

17
Lekak-lekuk
凹凸不平

18
Liang-liuk
摇摇摆摆

19
Pindah-randah
时常搬迁

20
Punah-ranah
完全毁灭

21
Rempah-ratus
各种香料

22
Turun-temurun
世代相传

23
Anai-anai
白蚂蚁

24
Kelip-kelip
萤火虫

25
Lumba-lumba
海豚

26
Orang-orang
稻草人

27
Panji-panji
小旗帜

28
Ubur-ubur
水母

29
Jejentik
孑孓

30
kekasih
爱人




Jom Membaca 2

ANJING DENGAN BANGAU

Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka bermain bersama-sama. Pada suatu hari, bangau mengajak anjing pergi ke rumahnya. Bangau menghidangkan makanan tetapi anjing tidak dapat makan.

Bekas itu bermuncung panjang. Anjing tidak dapat mengambil makanan di dalam bekas itu. Bangau boleh makan kerana paruhnya panjang. Bangau makan sehingga kenyang. Anjing pulang dengan perut lapar.

Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke rumahnya pula. Anjing menghidangkan makanan tetapi bangau tidak dapat makan. Bekas itu leper. Bangau tidak pandai mengambil makanan di dalam bekas leper. Anjing makan sehingga kenyang. Bangau pulang dengan perut lapar.

Nilai murni :
Bertimbang rasa --- Murid-murid sekalian, setiap perbuatan buruk pasti akan menerima balasan buruk. Oleh itu, kita mestilah sentiasa bertimbang rasa atas kesusahan orang lain.

Aktiviti Sekolah 4

Program PROTIM Bahasa Melayu

Program PROTIM Bahasa Melayu merupakan satu program yang diadakan oleh JPNJ, guru akan menjalankan dua kali peperiksaan untuk murid-murid iaitu Praujian kemudiannya Pascaujian. Murid-murid yangt terlibat dalam program ini adalah murid-murid yang gagal dalam peperiksaan Bahasa Melayu. Praujian akan dijalankan dahulu, sesiapa yang lulus dalam Praujian tidak perlu lagi menyertai kelas PROTIM dan tidak perlu lagi menduduki Pascaujian. Dalam Praujian dan Pascaujian, murid-murid dikehendaki menduduki dua kertas peperiksaan iaitu Kertas 1 ( Membaca ) dan Kertas 2 ( Menulis ). Kelas PROTIM akan dijalankan sepanjang beberapa bulan, dalam tempoh beberapa bulan ini, guru PROTIM akan menjalankan P&P untuk kelas PROTIM di dalam kelas. Markah Praujian dan Pascaujian akan dinilai lalu menghantar kepada JPNJ secara online key-in. Guru yang berbaju hitam di dalam gambar itu adalah saya. Saya dipertanggungjawabkan sebagai Guru Penyelaras PROTIM dan juga guru PROTIM di sekolah. 






Pengajaran dan Pembelajaran 7

Latihan Bina ayat ( Kertas 2 Bahagian A )

Nota:

1. Pada bahagian A, anda diminta membina lima ayat berdasarkan
    gambar.

2. Biasanya terdapat tiga jenis arahan iaitu :
  1. Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar.
  2. Bina lima ayat berdasarkan aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam gambar.
  3. Bina lima ayat berdasarkan situasi di dalam gambar.
3. Anda perlu melihat dengan teliti gambar yang ditunjukkan. Cuba kesan
    apa  yang sedang dilakukan oleh ‘orang’ yang ada di dalam gambar.

4. Catatkan di tepi gambar lima aktiviti tersebut. Contoh : memancing .

5. Cara binaan ayat berdasarkan gambar adalah :
    Watak+ sedang aktiviti / perbuatan +di tempat+ titik

6. Watak terdiri daripada :
  • Nama orang
  • (Seorang atau jumlah) budak (lelaki atau perempuan)
  • Beberapa orang (lelaki atau perempuan)
7. Contoh binaan ayat :

Dua orang budak lelaki sedang memancing ikan di sungai.

ATAU

Watak + perbuatan + tempat

Ali dan Abu sedang memancing ikan di sungai.

8. Kata kerja, aktiviti atau perbuatan yang sama tidak boleh diulang 
    pada ayat yang lain.

Contoh :
1. Ali sedang memancing ikan di sungai.

Aktiviti yang sama

2. Abu sedang memancing ikan di sungai.

9. Pastikan tanda baca betul seperti huruf besar pada permulaan ayat 
    dan nama orang serta noktah atau titik di akhir ayat.

10. Jangan gabungkan dua ayat menjadi satu.

Contoh :
Ali sedang memancing ikan di sungai manakala Abu sedang melihat Ali sedang memancing.

NOTA : Jangan guna manakala kerana akan terjadi dua ayat.

Gambar :


Panduan :


Kata kerja / Situasi


Makna
Berbual-bual

谈天
Mendayung perahu

划船
Mengayuh basikal

骑自行车
Memancing ikan

钓鱼
Berkejar-kejaran

互相追逐
Bermain laying-layang

放风筝
Duduk

坐着
Bermain bola sepak

踢足球

Ayat :

1. Ah Leong mendayung perahu bersama adiknya dengan berhati-hati.

2. Zhan Quan mengayuh basikal di taman untuk menjaga kesihatannya.

3. Beberapa orang budak berkejar-kejaran di taman dengan gembira.

4. Puan Lily dan kawannya berbual-bual sambil duduk di atas bangku.

5. Encik Lee memancing ikan dengan sabar di tepi tasik. 

Khamis, 29 November 2012

Jom Membaca 1

        Murid-murid yang dikasihi, saya telah menyediakan kosa kata bagi Simpulan Bahasa yang lazim keluar dalam kertas Pemahaman BM ( Kertas 1 ). Semoga kosa kata yang dicatat di sini dapat membantu kalian dalam menjawab soalan peperiksaan.

Simpulan Bahasa :

1
Ada angin
情绪化

2
Ada hati
有心

3
Ada jalan
有办法

4
Air muka
样貌

5
Alim kucing
虚伪

6
Alas perut
果腹的食物

7
Angkat bahu
不知道

8
Atas pagar
不偏袒

9
Ayam tambatan

队里的主将
10
Bahasa halus
优雅的词句

11
Bau-bau bacang
远亲

12
Bawa berunding
商量

13
Bawa diri
远走高飞

14
Bawa hati
失望

15
Bongkok udang
驼背

16
Bertikam lidah
争吵

17
Cacing kepanasan
坐立不安

18
Cakap angin
废话

19
Campur tangan
插手

20
Dalam tangan
稳超胜券

21
Diam ubi
默默耕耘

22
Ikat perut
省吃省用

23
Jiwa besar
有志向

24
Kata putus
最后决定

25
Ketam batu
吝啬

26
Kutu embun
夜游者

27
Lidah biawak
出尔反尔

28
Makan angkat
喜欢被奉承

29
Makan garam
经验丰富

30
Makan hati
心痛

31
Mata air
爱人

32
Membanting tulang
辛勤

33
Memerah otak
绞尽脑汁

34
Menarik diri
弃权

35
Mulut tempayan
不守秘密

36
Patah hati
心灰意冷

37
Pilih kasih
偏心

38
Pembasuh mulut
甜品

39
Rambang mata
眼花缭乱

40
Raja sehari
新郎新娘

41
Sehelai sepinggang
一贫如洗

42
Serkap jarang
胡乱指责

43
Setengah masak
幼稚

44
Tajam akal
聪明伶俐

45
Tanda mata
纪念品

46
Tangan terbuka
真心的欢迎

47
Tangkai jering
吝啬

48
Telinga lintah
听觉好

49
Telinga nipis
容易发怒

50
Terang hati
聪明伶俐

51
Makan suap
贪污

52
Pasang telinga
洗耳恭听

53
Puteri lilin
怕热的女人

54
Mata duitan
爱财如命

55
Mandi peluh
汗流浃背

56
Berpeluk tubuh
袖手旁观

57
Langkah kiri
倒霉

58
Langkah kanan
幸运

59
Langkah seribu
快步逃跑

60
Iri hati
妒忌