Sabtu, 13 Oktober 2012

Latar Belakang Saya......


Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Marilah saya memperkenalkan diri dahulu sebelum anda melayari blog saya. Saya dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan 2 Januari 1982 merupakan tarikh lahir saya. Saya amat bersyukur kerana ibu telah melahirkan saya untuk membawa saya datang ke dunia yang harmoni ini.

Kawan-kawan dan murid-murid sekalian,

Saya berasal dari sebuah kampung yang bernama Kelapa Sawit. Kampung saya terletak di daerah Kulaijaya,Johor. Nama saya Liew Boon See. Saya berumur 30 tahun. Pada masa lapang, saya amat suka bermain badminton. Selain bermain badminton, saya juga berminat untuk memelihara binatang kesayangan. Di rumah, saya telah memelihara banyak ikan dan beberapa ekor burung yang cantik serta sepasang tikus Belanda yang comel.

Pada 5 Jun 2002, saya menjejak kaki di sebuah sekolah rendah yang bernama SJK ( C ) Sawit.  Mulai hari itu, saya menerima tanggungjawab baharu saya iaitu menjadi seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Pada tahun itu, saya baru berumur 20 tahun. Segala pengalaman yang saya lalui sebagai seorang GSTT memang tidak dapat dilupakan. Tentulah ada yang manis, ada yang pahit, ada yang marah, ada yang menggembirakan dan juga ada yang menyedihkan orang.

Selepas menjadi GSTT hampir empat tahun, saya menerima surat panggilan untuk menghadiri sesi temuduga bagi mengikuti Kursus Diploma Perguruan Malaysia Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (KDPM-LPBS).  Mujurlah saya berjaya diberi peluang keemasan untuk mengikuti Kursus Diploma Perguruan Malaysia Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (KDPM-LPBS). Pada saat itu, saya memang gembira kerana inilah masa yang saya menanti-nantikan selepas menjadi GSTT hampir 4 tahun.

Pada 19 Disember 2005, saya melaporkan diri di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru ( yang kini dipanggil Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim ) untuk memulakan kursus perguruan saya yang mengambil masa 3 tahun setengah. Pada 10 Julai 2009, saya menerima Surat Perakuan Tamat Latihan KDPM-LPBS. Dengan inilah saya menamatkan kursus perguruan saya yang mengambil masa selama 3 tahun setengah.

Jika dikira sejak GSTT, saya telah menjadi guru selama 10 tahun. Walaupun sebegini, tetapi pengalaman saya dalam bidang pengajaran masih cetek. Saya masih perlu mempelajari banyak ilmu baharu dan haruslah mencontohi teladan guru-guru yang baik dan berpengalaman. Dalam 10 tahun yang dilalui, memang terdapat banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Saya menghormati profesion saya dan mencintai pekerjaan saya. Saya bangga kerana saya guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan