Ahad, 28 Oktober 2012

Contoh Karangan 1

Jiran Saya

   Setiap orang mempunyai jiran. Begitu juga dengan saya. Jiran saya bernama Lim Jia Hui.

 Jia Hui berumur 10 tahun. Jia Hui sekeluarga berasal dari Taman Kota, Yong Peng. Dia mempunyai dua orang adik. Dia merupakan anak sulung dalam keluarganya.
     
 Bapa Jia Hui bekerja sebagai seorang doktor. Setiap hari, bapa Jia Hui memandu kereta ke hospital untuk bekerja. Ibu Jia Hui pula seorang suri rumahtangga. Dia sibuk membuat kerja rumah.

 Pada waktu rehat, saya dan Jia Hui sentiasa bersama-sama pergi ke kantin untuk membeli makanan. Selepas makan, kami pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku. Kadang-kala, kami suka membaca buku di bawah pokok yang rendang.

 Pada masa lapang. Jia Hui berminat untuk bermain badminton dan membaca buku cerita. Kami sentiasa bermain badminton di gelanggang badminton. Jia Hui bercita-cita untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi.

 Saya berasa gembira kerana mempunyai seorang jiran seperti Jia Hui. Saya berharap persahabatan kami akan kekal selama-lamanya.



18 ulasan:

  1. contoh karangan yang baik dan sesuai untuk murid tahap 1.TQ

    BalasPadam
  2. Isi karangan amat sesuai untuk murid-murid.Gambar yang disediakan dapat menarik perhatian dan minat murid untuk membantu murid menulis karanagn yang baik.

    BalasPadam
  3. Tema kasih atas komen yang diberikan. Harap apa yang saya sediakan sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak didik saya dalam pelajaran mereka. Ya, memang benar. Karangan ini ditulis oleh seorang murid yang bertahap rendah iaitu tahun 3 sahaja. Pada pandangan saya, walaupun karangan ini ditulis secara ringkas tetapi ia juga sesuai untuk murid-murid tahap 2. Ini kerana ramai murid tahap 2 tidak dapat menulis karangan dengan baik. Bagi murid-murid yang lemah atau sederhana, jika mereka dapat menulis seperti ini, memang mendapat markah yang memuaskan untuk mereka.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama8:11:00 PTG

    Karangan yang memuaskan untuk tahap rendah. Boleh dipelbagaikan lagi isi kandungannya.

    Chu Kok Kuan

    BalasPadam
  5. Terima kasih Encik Chu.

    BalasPadam
  6. Syabas, Cikgu Chu. Blog yang memberi manfaat kepada semua.^^

    BalasPadam
  7. Terima kasih Siew Foo dan Shy Yun :)

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama11:18:00 PTG

    karangan yang sesuai untuk murid tahap 2 yang lemah kerana kosa kata yang digunakan bukan susah sangat...

    BalasPadam
  9. Ya, saya juga bersetuju dengan pandangan anda. Walaupun ringkas, tetapi sesuai untuk murid-murid tahap 2 yang lebih lemah.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama9:33:00 PTG

    Best jugak karangan ni....;P)

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama9:36:00 PTG

    Sesuai utk murid tahap1dan berguna pada org yg lemah pasal karangan

    BalasPadam
  12. good good. you all help students

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. sry i see the tak flower

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama9:46:00 PTG

    eh.....walaupun kosa kata tidak berapa bagus,tetapi gramatis dan isi bagus juga........
    ini boleh membantu murid yang lemah untuk lulus

    BalasPadam
  16. bess karangan.Cikgu saya puji saya.Saya menerangkanyang sayamencetak dari blog

    BalasPadam