Rabu, 31 Oktober 2012

Aktiviti Sekolah 1

Aktiviti Nyanyian sempena Hari Kanank-kanak

Nama lagu : Rasa Sayang


Murid-murid belajar menyanyi lagu Rasa Sayang.


Murid-murid menyanyi sambil melihat lirik lagu.


Murid-murid menyanyi sambil duduk mengikut 
kumpulan masing-masing. 


Hahaha, murid-murid saya kelihatan malu menyanyi 
apabila saya menangkap gambar. 
Rasanya saya dikehendaki membuat refleksi selepas ini.

Contoh karangan 2


Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri

Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara yang paling mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakan pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menjmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.



Ahad, 28 Oktober 2012

Contoh Karangan 1

Jiran Saya

   Setiap orang mempunyai jiran. Begitu juga dengan saya. Jiran saya bernama Lim Jia Hui.

 Jia Hui berumur 10 tahun. Jia Hui sekeluarga berasal dari Taman Kota, Yong Peng. Dia mempunyai dua orang adik. Dia merupakan anak sulung dalam keluarganya.
     
 Bapa Jia Hui bekerja sebagai seorang doktor. Setiap hari, bapa Jia Hui memandu kereta ke hospital untuk bekerja. Ibu Jia Hui pula seorang suri rumahtangga. Dia sibuk membuat kerja rumah.

 Pada waktu rehat, saya dan Jia Hui sentiasa bersama-sama pergi ke kantin untuk membeli makanan. Selepas makan, kami pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku. Kadang-kala, kami suka membaca buku di bawah pokok yang rendang.

 Pada masa lapang. Jia Hui berminat untuk bermain badminton dan membaca buku cerita. Kami sentiasa bermain badminton di gelanggang badminton. Jia Hui bercita-cita untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi.

 Saya berasa gembira kerana mempunyai seorang jiran seperti Jia Hui. Saya berharap persahabatan kami akan kekal selama-lamanya.



Nota dan Latihan 2

Latihan 2 : Kata tanya

Murid-murid boleh membaca nota ringkas di bawah lalu menjawab soalan yang dipaparkan.





Sabtu, 27 Oktober 2012

Isnin, 22 Oktober 2012

Tajuk lagu : Rasa Sayang



Tajuk cerita : Anak Arnab Hilang

           Tibalah masa untuk mendengar cerita, murid-murid boleh mendengar cerita yang menarik ini. Sebelum mendengar, murid-murid boleh menutup muzik dengan menekan butang "stop" di bawah sekali.

Ahad, 21 Oktober 2012

Nota dan Latihan 1

Latihan 1 : Kata Ganti Nama Diri

( Murid-murid boleh menjawab soalan yang dikemukakan. )



Ahad, 14 Oktober 2012

Mengenai Saya

Detik-detik Kehidupan saya……


Gambar diambil semasa saya menamatkan pengajian di 
Tadika Bor Ai.


Keluarga saya.


SJK ( C ) Sawit ~~~ Kelas 2U
Saya menjadi guru kelas mereka. Happy + ing


SMKKS ~~~ Tingkatan 4
Manalah saya? dapat tak anda cari saya? (^_^)


SMKKS ~~~ Rumah Syahbandar
Saya amat suka bersukan untuk mencergaskan badan saya. 


Sesi penggambaran untuk semua warga sekolah bagi tahun 2004.


Kelas ini Kelas 6B dan saya guru Bahasa Melayu mereka.
Ini merupakan kali pertama saya mengajar murid-murid tahun 6 yang 
menduduki peperiksaan UPSR.


Gambar ini diambil pada tahun 2004. Masa itu saya kelihatan lebih kurus dan muda. Lebih tampan kan? hahahaha


Saya bergambar dengan seorang guru perempuan yang mengajar di sekolah saya.


Kami menjamu selera bersama-sama semasa menyertai program Pendidikan Luar.


Pendidikan Luar.
Pada Malam Kebudayaan, kami telah mempersembahkan lakonan yang agak menarik iaitu “Putera Pulau Sibu”.


Saya berwatak sebagai seorang putera Pulau Sibu yang ingin menawan hati seorang puteri yang cantik.


Yeah, kumpulan kami menang.


Kami mengambil kesempatan untuk bergambar bersama-sama semasa menghadiri kursus.


Pendidikan Luar.
Pengalaman yang memang tidak dapat dilupakan.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Latar Belakang Saya......


Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Marilah saya memperkenalkan diri dahulu sebelum anda melayari blog saya. Saya dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan 2 Januari 1982 merupakan tarikh lahir saya. Saya amat bersyukur kerana ibu telah melahirkan saya untuk membawa saya datang ke dunia yang harmoni ini.

Kawan-kawan dan murid-murid sekalian,

Saya berasal dari sebuah kampung yang bernama Kelapa Sawit. Kampung saya terletak di daerah Kulaijaya,Johor. Nama saya Liew Boon See. Saya berumur 30 tahun. Pada masa lapang, saya amat suka bermain badminton. Selain bermain badminton, saya juga berminat untuk memelihara binatang kesayangan. Di rumah, saya telah memelihara banyak ikan dan beberapa ekor burung yang cantik serta sepasang tikus Belanda yang comel.

Pada 5 Jun 2002, saya menjejak kaki di sebuah sekolah rendah yang bernama SJK ( C ) Sawit.  Mulai hari itu, saya menerima tanggungjawab baharu saya iaitu menjadi seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Pada tahun itu, saya baru berumur 20 tahun. Segala pengalaman yang saya lalui sebagai seorang GSTT memang tidak dapat dilupakan. Tentulah ada yang manis, ada yang pahit, ada yang marah, ada yang menggembirakan dan juga ada yang menyedihkan orang.

Selepas menjadi GSTT hampir empat tahun, saya menerima surat panggilan untuk menghadiri sesi temuduga bagi mengikuti Kursus Diploma Perguruan Malaysia Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (KDPM-LPBS).  Mujurlah saya berjaya diberi peluang keemasan untuk mengikuti Kursus Diploma Perguruan Malaysia Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (KDPM-LPBS). Pada saat itu, saya memang gembira kerana inilah masa yang saya menanti-nantikan selepas menjadi GSTT hampir 4 tahun.

Pada 19 Disember 2005, saya melaporkan diri di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru ( yang kini dipanggil Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim ) untuk memulakan kursus perguruan saya yang mengambil masa 3 tahun setengah. Pada 10 Julai 2009, saya menerima Surat Perakuan Tamat Latihan KDPM-LPBS. Dengan inilah saya menamatkan kursus perguruan saya yang mengambil masa selama 3 tahun setengah.

Jika dikira sejak GSTT, saya telah menjadi guru selama 10 tahun. Walaupun sebegini, tetapi pengalaman saya dalam bidang pengajaran masih cetek. Saya masih perlu mempelajari banyak ilmu baharu dan haruslah mencontohi teladan guru-guru yang baik dan berpengalaman. Dalam 10 tahun yang dilalui, memang terdapat banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Saya menghormati profesion saya dan mencintai pekerjaan saya. Saya bangga kerana saya guru.